Friday, February 7, 2014

Beautiful Sinner


In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful. The Prophet Muhammad S.A.W said "All of you..Every son of Adam, he commits sins, and among these sinners some of them are beautiful sinners". Someone asks "You mean like do a sin and i do it really well?".  NO! That's not what it means. The Prophet Muhammad S.A.W said "The beautiful sinner is the one who, as soon as he realizes that he's done something wrong, he repents. So, here's the good news! As soon as you repent, Allah forgives you immediately. IN FACT,  IT'S BETTER THAN THAT!".

One beautiful day, The Prophet Muhammad S.A.W laughed. And when he laughed, the companion asked "Why were you laughing?" The Prophet said "I was looking into the Day of Judgement". This is quite weird because every time The Prophet looks into the Day of Judgement, he will cry, he would panic, he would worry about everyone. But not this time. This time he smiled and he said "I laughed because the people on the Judgement Day, there's a group of them that would laugh".

Who are they? They are people who committed sins and they will laugh on the Day of Judgement. But who are they? What kind of sins they make? The Prophet Muhammad S.A.W said "People will ask them, "Why are you laughing, we have commit sins and we are ruined but you commit sins and you are laughing". And then the laughing people said "Yes, we make repentance and our sins became good deeds, and because of these sins, we are going to Jannah (Paradise)". MasyaAllah. Allahuakbar!

"Oh my servants who have transgressed against their souls! Despair not of the mercy of Allah: For Allah forgives all sins: For He is oft-giving, Most Merciful". 
[Az-Zumar: 53]


Thursday, February 6, 2014

Pesanan Rasulullah S.A.W Untuk Kaum Wanita


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Sesungguhnya dunia dan seisinya ini adalah perhiasan semata-mata, dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita yang solehah. Ini adalah antara pesanan Rasulullah S.A.W untuk kaum wanita. 

Pertama.
- dari Aisyah R.A, bahawa adiknya Asma pernah datang untuk menghadap Rasulullah S.A.W dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda "Apabila seseorang wanita itu telah baligh, tidak boleh lagi terlihat auratnya kecuali ini dan itu" (Rasulullah S.A.W menunjukkan pada muka dan tapak tangan beliau). - Hadis Riwayat Abu Daud.

Kedua
- Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya termasuk dalam ahli neraka iaitu perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (mendedahkan aurat), yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau syurga pun" - Hadis Riwayat Muslim.

Ketiga
- Rasulullah S.A.W bersabda "Tidak dibenarkan seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan wanita tanpa dihadiri Muhrim" (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).
- Rasulullah S.A.W bersabda "Tidak berdua-duaan lelaki dan wanita melainkan yang ketiganya adalah syaitan " (Hadis Riwayat Ahmad, Tarmizi dan Hakim).

Keempat
- Sabda Rasulullah S.A.W "Mana-mana sahaja wanita yang memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melewati suatu kaum, supaya mereka tercium akan bau wanginya itu, sesungguhnya mereka seolah-olah telah berzina" (Hadis Riwayat Ahmad)

Kelima
- Rasulullah S.A.W bersabda "Wanita, apabila dia solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya, serta taat pada suaminya, maka masuklah dia dari mana sahaja pintu syurga yang dia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani dan Anas bin Malik). 

Sabda Rasulullah S.A.W "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu apinya". Lalu Aisyah R.A. bertanya "Mengapa Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah S.A.W "Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan sewaktu melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah". Sama-samalah kita renungkan dan selamat beramal. InsyaAllah. 



Begitu Cantikkah Bidadari Syurga?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tercatat dalam Hadis Sahih dalam Musnad Imam Ahmad, bahawa ketika wanita-wanita syurga tersenyum, maka akan terpancar kilat di langit. Ibn Qayyim R.H juga ada membicarakan tentang Hur'ain (bidadari) dan para wanita di syurga. Dia memberitahu tentang Hur'ain dan berkata "Jika wanita di dunia yang dijadikan dari tanah dapat menjadi cantik, bayangkan secantik mana Hur'ain kerana bahan dasar untuk ciptakan mereka adalah Saffron.


Ibn Qayyim R.H menyebutkan keindahan ciptaan bidadari syurga ini, sehinggakan kita mampu untuk melihat sum-sum tulang betis mereka. Dia memberitahu tentang tubuh mereka yang sempurna, kecantikan mereka yang tiada bandingannya, keharuman mereka, muzik mereka dimana mereka akan sentiasa menyanyi untuk suami mereka iaitu orang-orang yang mati dalam keadaan beriman. Dia memberitahu yang Allah S.W.T mengurniakan tenaga yang kuat untuk penghuni syurga untuk meniduri isteri-isteri di syurga ini dan mereka sesungguhnya tidak berhijab. Kerana hijab itu adalah untuk wanita ketika di dunia sahaja. MasyaAllah.

Dalam Hadis Sahih, Aisyah R.A melihat sekumpulan wanita yang berlebih-lebih dalam berdandan, lalu di hadapannya. Dan pada ketika itu Aisyah R.A mengenakan pakaian hitam yang menutup seluruh aurat dan kehormatan dirinya. Lalu Aisyah R.A berkata "Nikmatilah dunia ini. Kerana untuk kamu dunia ini, dan akhirat adalah untuk kami". Itulah keteguhan sejati wanita Islam. Saudari-saudari yang solehah sekalian, tutup lah aurat anda. Jagalah kehormatan diri anda. Kerana kecantikan yang sebenar adalah di akhirat nanti.

Jadi ketika suami yang soleh beristerikan Hur'ain, mengikut Ibn Qayyim R.H dalam Hadis Sahih dalam Musnad Imam Ahmad, bahawa pada saat itu akan datang seorang wanita lain. Seorang wanita yang mana kecantikan dan kesempurnaan yang dimilikinya akan membuatkan seorang raja lupa pada gundik-gundik nya. Siapa wanita ini? Wanita ini adalah para isteri kita semua yang solehah di dunia. Jadi isteri-isteri di dunia ini akan menjadi permaisuri kepada Hur'ain di syurga. Dan Ibn Qayyim ada menyebut "Pernahkah seorang raja ada memikirkan tentang gundik-gundik yang lain ketika dihadapan permaisuri?". Semestinya tidak!

Kenapa para isteri solehah di dunia diberikan Allah S.W.T kecantikan dan kesempurnaan dan darjat yang tinggi iaitu permaisuri kepada Hur'ain di syurga? Ibn Qayyim berkata "Kerana Hur'ain tidak pernah merasakan kesusahan seperti yang dihadapi oleh wanita solehah di dunia". Mereka tidak pernah berjihad di jalan Allah, mereka tidak dipernah rasa dicemuh kerana berhijab, mereka tidak pernah merasakan kesusahan untuk patuh pada perintah suami. Jadi mengapa wanita solehah tidak boleh lebih cantik dari Hur'ain? Ini lah kekuasaan Allah S.W.T.



Wednesday, February 5, 2014

Penduduk Syurga Yang Miskin



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Pernah terfkirkah kita, akan ada orang-orang yang sangat rajin dalam solat, mereka solat secara berterusan tetapi akan dimasukkan ke dalam neraka oleh Allah S.W.T? Pelik kan? Firman Allah S.W.T "Maka celaka lah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dalam solatnya, orang-orang yang berbuat riya', dan enggan menolong dengan benda yang berguna" (Al-Maa'un: 4-7).

Pengakhiran yang dasyat iaitu azab api neraka bagi mereka yang lalai dalam solat. Apa itu lalai dalam solat? Mereka yang lalai dalam solat dalam erti kata lain, mereka kadang kala solat, kadang kala tidak, mereka bersolat tapi dalam keadaan gopoh dan tidak khusyuk, mereka bersolat tapi tanpa wudhu'. Inilah mereka-mereka yang dimaksudkan oleh ayat Quran diatas. Mereka juga melakukan amal kebajikan, tetapi dengan niat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Sebagai contohnya, mereka bersolat dihadapan orang ramai, tetapi didalam hati mereka terpasang niat supaya orang mengatakan dia adalah orang yang baik, orang yang soleh. Begitu juga dengan mereka-mereka yang mempunyai harta yang banyak, harta yang berlebihan, tetapi tidak dermawan. Mereka tidak mahu bersedekah, membantu golongan yang fakir miskin. Maka nerakalah pengakhiran mereka.

Meskipun begitu, sebahagian dari mereka yang Allah S.W.T sebutkan dalam Surah Al-Maa'un tadi, mereka kadangkala tulus dalam perbuatan kebajikan mereka, setelah dibakar di dalam api neraka, mereka akan memiliki satu tanda tepat di dahi mereka. Tanda ini akan kekal di dahi mereka dan api neraka pun tidak mampu menghilangkan nya. Dalam Sahih Muslim, mereka-mereka ini dipanggil Muwahiddun, orang yang lalai dalam solat, tetapi mereka tulus ikhlas kerana Allah Taala, akan ada tanda di dahi mereka dan tanda ini akan sentiasa bercahaya.

Pada hari manusia ditentukan tempat bagi mereka, syurga atau neraka, Nabi Muhammad S.A.W adalah satu-satunya orang yang paling sibuk. Beliau akan keluar dan masuk, terus menerus dari syurga. Apa yang beliau lakukan sebenarnya? Beliau akan keluar dari syurga dan berdoa kepada Allah S.W.T "Wahai Tuhanku, masih ada sebahagian umatku di neraka, tolonglah selamatkan mereka. Wahai Tuhanku, janji-Mu selalu Kau tepati, dan inilah janji-Mu terhadapku". Allah S.W.T hanya memberikan janji ini kepada Nabi Muhammad S.A.W dan tidak kepada nabi-nabi yang lain. Dialah satu-satunya Nabi yang Allah S.W.T berikan hak istimewa ini untuk menyelamatkan umatnya iaitu kita dari terus diazab di dalam neraka. MasyaAllah. Sebab itulah, kita seharusnya mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W sebaik mungkin.

Rasulullah S.A.W akan terus menerus keluar masuk dari syurga dan berkata "Umatku! Umatku! Umatku!" Lalu kerana kasihnya Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W, Allah Taala berfirman kepada para malaikat "Kabulkanlah permintaan Rasul-Ku S.A.W. Setiap muslim yang mempunyai tauhid, biarpun seberat atom, keluarkan mereka dari nereka". Seperti yang disebutkan dalam Sahih Muslim, para malaikat akan mencari umat Nabi Muhammad S.A.W dan mengenali mereka dengan tanda keimanan yang terdapat di dahi mereka. Lalu para malaikat akan menyelamatkan mereka, keluarkan mereka dari neraka dan para malaikat akan membawa mereka ke sebuah sungai yang di beri nama Nahrul Hayath (Sungai Kehidupan). Orang-orang yang diselamatkan oleh para malaikat ini akan dibawa ke sana dalam keadaan mereka tidak sedarkan diri, tubuh mereka hangus, hitam terbakar kesan dari api neraka. Lalu para malaikat memasukkan mereka ke dalam sungai Nahrul Hayath, mereka dimandikan dan diletakkan di tepi sungai tersebut. Dan selepas itu, tubuh mereka yang hina lagi jijik, yang hitam hangus akan bertukar menjadi suci lagi bercahaya. Tetapi tanda di dahi mereka akan terus kekal.

Tanda di dahi mereka ini akan menjadi tanda bagi penduduk syurga. Mereka yang berada dalam syurga akan tahu bahawasanya, mereka-mereka inilah yang telah diselamatkan dari api neraka. Penduduk syurga akan menyambut mereka dengan gembira dan mencintai mereka. Mereka inilah yang dipanggil masakin ahlul jannah iaitu PENDUDUK SYURGA YANG MISKIN. Sama-sama lah kita renungkan. InsyaAllah.


Tuesday, February 4, 2014

Al-Fudhail: Seorang Pencuri Yang Menjadi Ulama' Besar



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Ini adalah kisah Al-Fudhail Ibn Iyad, seorang pencuri yang sangat ditakuti, dan disegani yang diberikan hidayah oleh Allah S.W.T untuk berubah dan menjadi seorang ulama' besar. Nama Al-Fudhail sangat di takuti oleh para pedagang yang mana pada masa itu mereka berdagang dengan menaiki kuda dan unta untuk memasuki Kota Mekah. Al-Fudhail mencuri dan merompak sesiapa sahaja yang dia suka tidak kira lah pedagang itu berseorangan mahupun datang dengan kumpulan. Al-Fudhail bukan sahaja merompak di jalanan, malah dia akan memecah masuk rumah-rumah penduduk dengan menaiki atap rumah.

Pada suatu malam, ketika Al-Fudhail sedang bersiap sedia untuk melakukan satu lagi kemungkaran kepada Allah S.W.T, sedang dia meniti atap sebuah rumah mangsa nya, dia ternampak tuan rumah itu sedang melakukan solat Tahajjud. Dalam solat itu, tuan rumah itu membaca surah Al-Hadid ayat 16 yang berbunyi "Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran Al-Quran, yang diturunkan kepada mereka? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak diantara mereka orang-orang yang fasiq (derhaka) ". Al-Fudhail yang ketika itu berada di atas atap rumah mendengar jelas ayat Al-Quran ini tersentak, seolah-olah dia faham bahawasanya Allah S.W.T menurunkan ayat itu kepada orang-orang yang sepertinya. Ayat ini seolah-olah memanggil dirinya untuk berubah! Kemudian Al-Fudhail berkata "Ya Rabb! Inilah waktunya!". Dan pada ketika dan saat itulah, Al-Fudhail Ibn Iyad berubah serta-merta. Dia menginsafi segala perbuatan kejinya pada Allah S.W.T. Dia tidak lagi mencuri. Dari seorang pencuri jalanan yang sangat ditakuti, Allah S.W.T mengangkat Al-Fudhail Ibn Iyad menjadi salah seorang ulama' yang disegani dalam dunia Islam. MasyaAllah.

Saudara-saudari se-Islam ku sekalian, pernahkah kita terfikir dalam diri kita untuk berubah ke arah kebaikan, menuju ke jalan Allah? Mengapa kita hanya mengharapkan Allah S.W.T memberikan hidayah dan taufik dahulu baru kita ingin berubah? Mengapa bukan kita yang mencari hidayah dan taufik itu? Sesungguhnya dugaan dari syaitan itu sangat lah kuat. Setiap kali kita berazam atau terdetik dalam hati kita untuk berubah ke jalan Allah S.W.T, pasti syaitan yang dilaknat akan datang membisikkan di telinga dan di hati kita "Kamu tidak mampu berbuat demikian, kamu tidak mampu untuk berubah". Tapi adakah kita akan kalah dengan godaan syaitan yang dilaknat Allah ini? Tanyalah pada diri kita masing-masing.

Firman Allah S.W.T "Hati mereka akan menjadi lembut kerana mengingati Allah S.W.T". Jadi lakukanlah apa sahaja yang boleh mengingatkan kita pada Allah S.W.T dengan harapan Allah S.W.T akan melembutkan hati kita untuk berubah ke jalan Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Membolak-balikkan Hati manusia. Baca, dengar dan fahamilah ayat-ayat suci Al-Quran. Lihat sahaja apa yang Allah S.W.T telah berikan kepada Al-Fudhail Ibn Iyad. Hidayah Allah datang melalui ayat Al-Quran. Sekeras-keras hati Al-Fudhail, sehitam-sehitam hati Al-Fudhail yang dipenuhi oleh dosa-dosa nya pada Sang Pencipta, akhirnya dibasuh suci dengan ayat suci Al-Quran. Allah S.W.T mampu memberikan kepada sesiapa sahaja hidayah Nya, dalam apa jua keadaan mereka sekalipun. Tetapi Allah S.W.T akan memelihara orang-orang yang sentiasa meminta petunjuk dan hidayah dari Nya. Semoga kita memperoleh pengajaran yang baik dari kisah Al-Fudhail Ibn Iyad ini. InsyaAllah.






The Blessed Tree (Only Living Sahabi)


In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful. This is the story about a Christian Monk who finally found our beloved Prophet Muhammad S.AW. when he was child. Bahira The Christian monk had live for many years in this one monastery worshipping God, praying to Him. One day as he was looking through his window, he saw the caravan coming from the Hijaz. The caravan approached with its camels, people and merchandises settling around a tree. He noticed that there was a boy in that caravan that always had a cloud shading him. If he moved to the east, it would move with him. And when he move to the west, it would followed him. And when this special boy arrived at the tree and sat beneath it, the cloud then passed the mission of shading this person to the tree. 

Bahira was anxious with anticipation as he watched the visitors entered the monastery. Every time a person entered the monastery, it was as if he silently wanted to urge them to hurry, so that he might finally set eyes upon that person whom he had waiting for. It was as if he was saying 'my soul has been aching to meet his soul, and i thirst to look upon him, for i have been waiting long, fearing that death might claim me before setting my eyes upon him'. 

So when the special boy entered the monastery, Bahira was intensely moved, and the conversation between him and Abu Talib begun. 

Bahira: Whose boy is this?
Abu Talib: He is my son.
Bahira: Is he your son and you are his father?
Abu Talib: Yes
Bahira: The father of this boy cannot be alive.

Abu Talib was surprised and demanded to know how Bahira could have known this.

Abu Talib: He is my nephew. His father died when his mother was pregnant with him.
Bahira: Take care of this boy and protect him from the enemies, for HE IS THE PROPHET THAT WILL COME AT THE END OF TIME.

This is the miracle of our Prophet Muhammad, peace be upon him. The tree that our Prophet Muhammad sat beneath it, live until now and it is the only living sahabi. MasyaAllah. Hopefully one day, all of us will come here, beneath this blessed tree, make dua' and prayer for our beloved Prophet Muhammad, peace be upon him.


Monday, February 3, 2014

Kisah Saidina Ali bin Abi Talib R.A Dengan Lelaki Yahudi


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Jadilah orang yang adil seperti Saidina Ali bin Abi Talib R.A. Ya, Saidina Ali R.A. Terdapat satu kisah dimana pada satu ketika Saidina Ali R.A kehilangan perisai beliau dalam satu peperangan. Perisai nya yang hilang itu di pungut oleh seorang Yahudi di medan pertempuran. Kemudian pada suatu hari, ketika Saidina Ali R.A berada di pasar, dia ternampak akan perisai nya yang sedang dijual di sebuah kedai kepunyaan lelaki Yahudi tadi. Jadi Saidina Ali R.A pun berkata kepada lelaki Yahudi itu "Ini adalah perisai ku dan perisai ini aku hilang semasa berada di medan perang". Lelaki Yahudi itu membalas "Ini adalah perisai ku dan ia adalah milik ku".

Saidina Ali R.A ketika itu adalah seorang Khalifah Islam. Dia sebenarnya mampu untuk memiliki semula perisai kepunyaan nya hanya dengan berkata "Aku inginkan perisai ini" dan lelaki Yahudi tersebut pasti tidak dapat berbuat apa-apa. Tetapi sikap adil yang sangat tinggi pada seorang sahabat Rasulullah S.A.W ini menyebabkan dia tidak membuat perkara yang tidak adil sebegitu. Saidina Ali R.A yang sangat adil tidak mahu menyalahgunakan kuasa yang ada pada nya. Jadi mereka berdua pun pergi menemui Qadi Shurayh.

Qadi Shurayh adalah seorang Qadi yang terkenal pada zaman pemerintahan sahabat dan pada zaman Saidina Ali R.A. dan dia adalah seorang hakim yang terbaik di dunia dan dihormati seluruh umat Islam. Bayangkanlah seorang Khalifah besar Islam yang sudah tentu tidak dapat kita takwil akan keadilan yang ada padanya, duduk di hadapan seorang Qadi bersama seorang Yahudi demi mendapat keadilan. MasyaAllah. Jadi Qadi Shurayh berkata pada Saidina Ali R.A "Wahai Abu Hassan". Lalu Saidina Ali R.A membalas "Jangan lah engkau memanggil aku Abu Hassan seolah-olah engkau memihak kepadaku berbanding lelaki ini, panggil lah aku Ali". Kemudian Qadi Shurayh bertanya "Wahai Ali, apa masalah mu?". Saidina Ali R.A berkata "Ini adalah perisai ku dan aku kehilangan ia di medan perang tapi aku temui ia di tangan lelaki ini". Qadi Shurayh bertanya lagi "Adakah kamu mempunyai saksi?".Jawab Saidina Ali R.A "Aku mempunyai dua orang puteraku iaitu Hassan dan Hussain". Qadi Shurayh berkata "Maaf, kamu tidak boleh menjadikan kedua-dua orang puteramu sebagai saksi kerana ini adalah konflik kepentingan seperti yang kita tahu dalam sistem perundangan Islam". Jadi Qadi Shurayh bertanya lagi "Adakah kamu mempunyai saksi yang lain?". Jawab Saidina Ali R.A "Tidak".

Qadi Shurayh bertanya pula pada lelaki Yahudi tadi "Dari mana Kamu mendapatkan perisai ini". Jawab lelaki Yahudi itu "Ia milikku". Qadi Shurayh bertanya lagi "Adakah kamu mempunyai saksi atau kamu sanggup bersumpah bahawasanya perisai ini milik kamu?". Lelaki Yahudi itu bersumpah "Aku bersumpah bahawasanya perisai ini adalah milikku". Jadi Qadi Shurayh berkata "Kes ini selesai disini dan perisai ini adalah pemilik lelaki Yahudi ini. Maaf Ali, kamu tidak mempunyai saksi dan lelaki ini telah bersumpah. Seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W "barangsiapa yang mengajukan sesuatu perkara, dia perlu membawa saksi atau barang bukti, seseorang yang berada dalam penolakan dapat mengajukan sumpah". Qadi Shurayh telah membuat keputusan yang perisai itu milik lelaki Yahudi tersebut.

Namun sebelum meninggalkan bilik pengadilan, lelaki Yahudi itu berkata kepada Saidina Ali R.A "Wallahi, aku mengucapkan asyhadu an la ilaha ilallah wa asyhadu anna muhammadan abduhu wa rusuluh, bahawa inilah keperibadian para nabi, dan demi Allah aku menjumpai perisai itu pada hari kamu menjatuhkannya di medan pertempuran dan perisai ini memang milik kamu". Lalu balas Saidina Ali R.A "Wallahi, sesungguhnya perisai ini adalah milik kamu sekarang sebagai hadiah untukmu saudara muslim ku".

Inilah akhlak Islam, inilah karakter Muslim yang sejati, inilah karakter yang harus ada pada diri kita! Hayati kisah ini sedalam-dalam nya wahai saudara-saudari ku sekalian. Semoga kita beroleh kemenangan. InsyaAllah.