Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Pernah terfkirkah kita, akan ada orang-orang yang sangat rajin dalam solat, mereka solat secara berterusan tetapi akan dimasukkan ke dalam neraka oleh Allah S.W.T? Pelik kan? Firman Allah S.W.T "Maka celaka lah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dalam solatnya, orang-orang yang berbuat riya', dan enggan menolong dengan benda yang berguna" (Al-Maa'un: 4-7).
Pengakhiran yang dasyat iaitu azab api neraka bagi mereka yang lalai dalam solat. Apa itu lalai dalam solat? Mereka yang lalai dalam solat dalam erti kata lain, mereka kadang kala solat, kadang kala tidak, mereka bersolat tapi dalam keadaan gopoh dan tidak khusyuk, mereka bersolat tapi tanpa wudhu'. Inilah mereka-mereka yang dimaksudkan oleh ayat Quran diatas. Mereka juga melakukan amal kebajikan, tetapi dengan niat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Sebagai contohnya, mereka bersolat dihadapan orang ramai, tetapi didalam hati mereka terpasang niat supaya orang mengatakan dia adalah orang yang baik, orang yang soleh. Begitu juga dengan mereka-mereka yang mempunyai harta yang banyak, harta yang berlebihan, tetapi tidak dermawan. Mereka tidak mahu bersedekah, membantu golongan yang fakir miskin. Maka nerakalah pengakhiran mereka.
Meskipun begitu, sebahagian dari mereka yang Allah S.W.T sebutkan dalam Surah Al-Maa'un tadi, mereka kadangkala tulus dalam perbuatan kebajikan mereka, setelah dibakar di dalam api neraka, mereka akan memiliki satu tanda tepat di dahi mereka. Tanda ini akan kekal di dahi mereka dan api neraka pun tidak mampu menghilangkan nya. Dalam Sahih Muslim, mereka-mereka ini dipanggil Muwahiddun, orang yang lalai dalam solat, tetapi mereka tulus ikhlas kerana Allah Taala, akan ada tanda di dahi mereka dan tanda ini akan sentiasa bercahaya.
Pada hari manusia ditentukan tempat bagi mereka, syurga atau neraka, Nabi Muhammad S.A.W adalah satu-satunya orang yang paling sibuk. Beliau akan keluar dan masuk, terus menerus dari syurga. Apa yang beliau lakukan sebenarnya? Beliau akan keluar dari syurga dan berdoa kepada Allah S.W.T "Wahai Tuhanku, masih ada sebahagian umatku di neraka, tolonglah selamatkan mereka. Wahai Tuhanku, janji-Mu selalu Kau tepati, dan inilah janji-Mu terhadapku". Allah S.W.T hanya memberikan janji ini kepada Nabi Muhammad S.A.W dan tidak kepada nabi-nabi yang lain. Dialah satu-satunya Nabi yang Allah S.W.T berikan hak istimewa ini untuk menyelamatkan umatnya iaitu kita dari terus diazab di dalam neraka. MasyaAllah. Sebab itulah, kita seharusnya mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W sebaik mungkin.
Rasulullah S.A.W akan terus menerus keluar masuk dari syurga dan berkata "Umatku! Umatku! Umatku!" Lalu kerana kasihnya Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W, Allah Taala berfirman kepada para malaikat "Kabulkanlah permintaan Rasul-Ku S.A.W. Setiap muslim yang mempunyai tauhid, biarpun seberat atom, keluarkan mereka dari nereka". Seperti yang disebutkan dalam Sahih Muslim, para malaikat akan mencari umat Nabi Muhammad S.A.W dan mengenali mereka dengan tanda keimanan yang terdapat di dahi mereka. Lalu para malaikat akan menyelamatkan mereka, keluarkan mereka dari neraka dan para malaikat akan membawa mereka ke sebuah sungai yang di beri nama Nahrul Hayath (Sungai Kehidupan). Orang-orang yang diselamatkan oleh para malaikat ini akan dibawa ke sana dalam keadaan mereka tidak sedarkan diri, tubuh mereka hangus, hitam terbakar kesan dari api neraka. Lalu para malaikat memasukkan mereka ke dalam sungai Nahrul Hayath, mereka dimandikan dan diletakkan di tepi sungai tersebut. Dan selepas itu, tubuh mereka yang hina lagi jijik, yang hitam hangus akan bertukar menjadi suci lagi bercahaya. Tetapi tanda di dahi mereka akan terus kekal.
Tanda di dahi mereka ini akan menjadi tanda bagi penduduk syurga. Mereka yang berada dalam syurga akan tahu bahawasanya, mereka-mereka inilah yang telah diselamatkan dari api neraka. Penduduk syurga akan menyambut mereka dengan gembira dan mencintai mereka. Mereka inilah yang dipanggil masakin ahlul jannah iaitu PENDUDUK SYURGA YANG MISKIN. Sama-sama lah kita renungkan. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment