Saturday, February 8, 2014

Pengajaran Dari Tenggelamnya Kapal Titanic


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Ketika mereka membina Titanic, dan ingin memulakan pelayaran mereka dari Liverpool ke New York, salah seorang jurutera yang terlibat dalam pembinaan kapal Titanic itu telah ditemuramah oleh para wartawan. Dia ditanya "Apakah anda fikir kapal ini boleh tenggelam?" Jawab jurutera itu "Meskipun Tuhan ingin menenggelamkan nya, maka Dia tidak boleh". Betapa angkuh dan sombong jawapan dari seorang manusia.

Jadi dengan penuh keangkuhan itu, mereka pun belayar meredah lautan. Tibalah mereka di sekitar lautan Pasifik ketika itu waktu malam, dalam keadaan mereka sedang bersenang-lenang di dalam kapal mewah itu. Mereka adalah golongan-golongan manusia yang sangat kaya dan golongan bangsawan. Dan kemewahan yang terdapat pada kapal Titanic memang tidak dapat ditandingi. Jadi apa yang terjadi di malam yang sangat dingin dan berkabus itu, terdapat bentukan-bentukan iceberg di dalam lautan. Perkara ini tidak pelik malah para kelasi dan kapten kapal tahu sangat mengenai perkara ini.

Tetapi siapa yang memegang hati-hati mereka? Allah S.W.T! Jadi apabila kapal Titanic mula menongkah arus yang disertai oleh bentukan-bentukan iceberg tadi, kapten kapal berkata "Usah bimbang. Hanyalah ketulan-ketulan iceberg. Hey, ini Titanic!". Jadi pada fikirannya, kalau kapal itu menongkah lautan yang dipenuhi iceberg dengan perlahan-lahan maka tidak akan menjadi masalah. Kerana saiz dan kekuatan Titanic mampu memecahkan iceberg yang pada sangkaan nya hanya kecil. Allah S.W.T membuatkan mereka berfikir begitu. Para kelasi mula kerisauan dan berkata "Aku rasa seperti tidak kena, aku rasa tidak sedap hati". Tetapi kapten yang angkuh dan sombong tidak mempedulikan mereka kerana yakin dengan kapal itu.


Jadi apa yang berlaku selepas itu adalah, kapal Titanic ini melanggar sebuah iceberg yang berbentuk tajam, dan bahagian yang tajam itu sangat keras dan terus tertusuk menembusi besi keluli Titanic pada bahagian hadapan. Pada ketika itu barulah mereka tahu, mereka akan tenggelam. Mereka membina Titanic, sebuah kapal mewah yang sangat kuat malah mereka juga berteori bahawa kapal Titanic tidak mungkin hancur dan tidak mungkin tenggelam di lautan. Jadi pada bahagian yang ditusuk iceberg tadi, air laut mula masuk kedalam bahagian hadapan Titanic. Semakin bayak air yang masuk, kapal menjadi semakin berat, semakin berat. Dan akhirnya bahagian hadapan itu tenggelam ke dalam laut menyebabkan satu lagi bahagian terangkat tinggi ke atas. Hal ini menyebabkan kapal Titanic terputus dua kerana bahagian tengah nya patah dan hancur.



Ketika Allah S.W.T menghukum seseorang penguasa yang zalim, Dia akan memastikan kisah itu diketahui oleh semua orang supaya memberi pengajaran. Supaya kisah itu sentiasa menjadi cerita dan perbualan manusia, supaya manusia sentiasa hidup dalam ketakutan, hidup dalam kerendahan hati. Manusia akan menceritakan kisah ini kepada anak mereka, anak mereka akan menceritakan kepada anak mereka lagi dan seterusnya. Dan dari kisah Titanic ini, Allah S.W.T menunjukkan siapa Al-Jabbar yang sebenarnya. Siapa Yang Maha Berkuasa. MasyaAllah.

Jadi dimana lelaki angkuh yang membuat kenyataan "Meskipun Tuhan ingin menenggelamkan nya, maka Dia tidak boleh" itu? Di mana dia sekarang?Dan Allah S.W.T telah berfirman kepada makhluk-makhluk Nya "Jangan menentangku!". Semoga kita beroleh pengajaran. InsyaAllah.





No comments:

Post a Comment