Tuesday, February 11, 2014

Ingat Akan Kubur


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Hani', seorang budak suruhan Saidina Uthman R.A meriwayatkan "Jika Uthman R.A duduk disisi kubur, dia akan menangis sehingga janggutnya basah". Hani' berkata kepada Saidina Uthman R.A "Ketika engkau mengingati syurga dan neraka, engkau tidak menangis. Tapi jika engkau ingat akan kubur, engkau akan menangis". Lalu Saidina Uthman R.A berkata "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda 'Sesungguhnya kubur adalah tempat perhentian pertama di alam akhirat. Jika dia diselamatkan di kubur, maka apa yang akan dia tempuhi selepas itu akan menjadi mudah. Dan jika dia tidak diselamatkan di alam kubur, maka apa yang akan ditempuhi nya selepas itu akan menjadi susah".

Wahai saudara-saudari se-Islam ku sekalian, sesungguhnya bagi hamba-hamba Allah S.W.T yang beriman, ketika dia melihat di dalam kuburnya, apa yang telah Allah S.W.T persiapkan kepadanya adalah kesenangan, maka dia akan berkata "Ya Allah, percepatkanlah hari kkiamat. Supaya aku dapat kembali kepada kekayaan dan keluargaku". Tetapi bagi hamba-hamba nya yang ingkar, setelah melihat apa yang telah Allah S.W.T sediakan kepadanya di dalam kubur adalah berupa azab yang pedih, dia akan berkata kepada Allah dalam masa dia sedang diazab "Ya Allah, jangan datangkan kepadaku hari kiamat. Kerana apa yang akan datang selepas ini adalah lebih pedih dan mengazabkan".

Saudara-saudari sekalian, sesungguhnya merenung akan keadaan di kubur dan mengunjungi nya, demi Allah, itu adalah salah satu manfaat yang terbesar bagi hamba-hamba Allah yang beriman. Malah kita akan mendapat manfaat nya di dunia dan di akhirat. Ia merupakan pelindung kepada diri kita untuk menghadapi dunia yang penuh dengan pelbagai dugaan yang berupa nafsu. Dan untuk ini, Rasulullah S.A.W bersabda "Aku telah melarang kalian dari menziarah kubur tetapi ziarahlah, kerana ia mengingatkan kamu tentang kematian", Riwayat Jabir R.A. Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati kita semua kerana masih terdapat ramai kaum Muslimin di sekeliling kita yang tidak suka akan mengingati kematian atau kubur kerana mereka tidak pernah sama sekali mempersiapkan diri mereka untuk menghadap Allah S.W.T. Masya Allah.




No comments:

Post a Comment