Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Sebuah bola besar dengan radius 12.756 kilometer bergerak dengan cepat di angkasa dengan kelajuan hampir mencapai 68000 batu per jam. Bola ini dinamakan Bumi. Bumi ini dikelilingi oleh lima lapisan atmosfera yang terdiri dari gas hidrogen, oksigen dan gas Bumi. Pada saat yang sama, Bumi berputar pada paksi nya dengan kelajuan 1000 batu per jam. Saya tidak akan bercakap tentang betapa besarnya alam semesta atau galaksi-galaksi yang mengagumkan ini, yang mana ia membuatkan Bumi itu diibaratkan sebutir debu yang berada di kaki Gunung Everest jika ingin dibandingkan saiznya dengan keluasan alam semesta ini.
Saya sendiri telah banyak kali mendengar kata-kata dari para Atheis dari pelbagai sudut. Tetapi perkara yang paling tidak dapat diterima sampai sekarang adalah mengapa mereka tidak percaya adanya Tuhan? Katanya kerana mereka tidak dapat melihat-Nya. Saya tidak faham mengapa mereka berkata begitu. Saya tidak faham mengapa mereka berkata yang mereka tidak dapat melihat Tuhan kerana saya boleh melihat segala ciptaan Tuhan setiap masa disekeliling saya.
Kenapa air mempunyai komposisi yang sangat unik jika dibandingkan dengan cecair yang lain? Kenapa Bumi berputar pada kelajuan tertentu dan pada sudut yang tepat iaitu 23.5 darjah? Kenapa matahari berada sangat jauh dengan Bumi dan mempunyai suhu yang sangat tinggi? Kenapa atmosfera Bumi mempunyai komponen tertentu pada ukuran yang spesifik? Ketika anda merenung dan berfikir untuk cuba mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan ini, anda sepatutnya sudah menyedari bahawasanya Sang Pencipta sedang menunjukkan diri-Nya dengan jelas.
Bumi berputar pada paksinya dengan kelajuan 1000 batu per jam. Cuba bayangkan sekiranya kelajuan Bumi berputar turun kepada 200 batu per jam, maka perubahan siang dan malam akan menjadi 10 kali lebih lama. Suhu pada waktu siang yang lama dan melonjak naik mampu membakar badan kita sementara suhu pada waktu malam yang terus turun mampu menyebabkan badan kita beku. Manusia tidak akan dapat mengatur waktu tidur yang sangat panjang begitu juga bekerja di waktu siang pada waktu yang sangat lama. Semua ukuran masa yang sempurna ini diatur untuk kebaikan satu makhluk iaitu manusia, satu-satunya makhluk yang diciptakan akal untuk berfikir dan sedar akan hal ini.
APAKAH ADA SATU PESANAN DARI DIA YANG MENCIPTAKAN SEMUA INI? Kenapa air yang kita perlukan setiap hari mampu untuk menurun ketumpatannya ketika ia membeku dan mengapung? Bayangkan jika komposisi air ini sama dengan komposisi cecair yang lain, maka laut, sungai , tasik akan sepenuhnya membeku dan hal ini akan menyebabkan haiwan yang hidup di laut akan mati keseluruhannya. Tanpa matahari, kita tidak mampu untuk terus hidup di Bumi ini. Matahari berfungsi sebagai sumber cahaya dan agen pensteril. Suhu pada permukaan Matahari adalah setinggi 12000 darjah Fahrenheit. Dan jarak diantara Matahari dengan Bumi adalah lebih kurang 93000000 batu. Jika jarak ini berkurang, contohnya separuh jarak sebenar, maka Matahari akan berada dekat dengan Bumi, ini menyebabkan Bumi akan hangus kerana hutan akan terbakar. Begitu juga pada waktu Matahari sangat jauh dengan Bumi, maka Bumi akan membeku termasuk lah kita.
Jika kita menyedari akan hal ini, kita seharusnya tahu bahawa Sang Pencipta itu sebenarnya Maha Penyayang kerana telah mengatur semua ukuran-ukuran yang sempurna ini dalam sistem yang sesuai dengan kita dalam cara yang spesifik untuk membuat kehidupan kita lancar dan mudah. Bumi berputar pada sudut 23.5 darjah di atas paksi. Hal ini menyebabkan penggantian musim. Dalam tidak sedar, kita tidak tahu bahawa perkara ini sebenar membantu kesesuaian tanah untuk digunakan sebagai tempat untuk bercucuk tanam juga untuk membuat bangunan. Jika Bumi tidak berputar pada sudut yang tepat, musim akan tetap konstan pada setiap belahan Bumi dan kegelapan akan melanda kepada kedua-dua kutub Bumi. Hal ini menyebabkan wap dari laut akan bergerak ke utara dan selatan, maka akan terbentuk pergunungan bersalji di beberapa kawasan dan kawasan gurun pasir pada sebelah yang lainnya. Jadi untuk menghindari hal ini dari terjadi, Tuhan menjadikan Bumi itu berputar pada paksi pada ketepatan sudut 23.5 darjah.
Jika atmosfera mempunyai ketebalan yang berbeza atau komponen yang kurang, meteor yang kita lihat terang benderang di langit dan bergerak di angkasa dengan kelajuan 90 kali kelajuan peluru akan menembusi lapisan atmosfera dan suhunya mampu membakar segala yang ada pada Bumi. Hal yang menakjubkan ialah, atmosfera hanya mengizinkan sejumlah radiasi Matahari yang penting bagi pertumbuhan tanaman, mematikan kuman dan banyak lagi perkara-perkara yang lain. Jadi adakah alam semulajadi itu sendiri mampu untuk mengatur semua ukuran spesifik ini? Jika kewujudan ini tidak di bawah Sang Pencipta Yang Maha Agung, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Besar, jadi kenapa semuanya mempunyai keseimbangan yang sangat mengagumkan? Seakan-akan ianya membentuk menjadi satu simfoni kehidupan yang sangat indah dan sempurna. Simfoni ini diciptakan untuk kita.
Jawapannya cukup mudah. Dialah Yang Maha Bijaksana. Dialah Yang Maha Agung. Dialah yang Maha Besar. Dialah Yang Maha Penyayang. Dialah Yang Berdiri Dengan Sendirinya. Dialah Yang Maha Pengasih. Dialah Yang Menunjukkan Kebaikan. Dialah Yang Maha Suci. Satu-satunya Penguasa alam cakerawala ini. Pemilik Keagungan. DIALAH ALLAH S.W.T.
Tanyakanlah (Wahai Muhammad) : "Kepunyaan siapakah Bumi ini dan segala yang ada padanya, jika kamu mengetahui? Mereka akan menjawab : "Kepunyaan Allah". Katakanlah : "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?".
Surah Al-Mukminun (84-85)
No comments:
Post a Comment