Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tercatat dalam Hadis Sahih dalam Musnad Imam Ahmad, bahawa ketika wanita-wanita syurga tersenyum, maka akan terpancar kilat di langit. Ibn Qayyim R.H juga ada membicarakan tentang Hur'ain (bidadari) dan para wanita di syurga. Dia memberitahu tentang Hur'ain dan berkata "Jika wanita di dunia yang dijadikan dari tanah dapat menjadi cantik, bayangkan secantik mana Hur'ain kerana bahan dasar untuk ciptakan mereka adalah Saffron.
Ibn Qayyim R.H menyebutkan keindahan ciptaan bidadari syurga ini, sehinggakan kita mampu untuk melihat sum-sum tulang betis mereka. Dia memberitahu tentang tubuh mereka yang sempurna, kecantikan mereka yang tiada bandingannya, keharuman mereka, muzik mereka dimana mereka akan sentiasa menyanyi untuk suami mereka iaitu orang-orang yang mati dalam keadaan beriman. Dia memberitahu yang Allah S.W.T mengurniakan tenaga yang kuat untuk penghuni syurga untuk meniduri isteri-isteri di syurga ini dan mereka sesungguhnya tidak berhijab. Kerana hijab itu adalah untuk wanita ketika di dunia sahaja. MasyaAllah.
Dalam Hadis Sahih, Aisyah R.A melihat sekumpulan wanita yang berlebih-lebih dalam berdandan, lalu di hadapannya. Dan pada ketika itu Aisyah R.A mengenakan pakaian hitam yang menutup seluruh aurat dan kehormatan dirinya. Lalu Aisyah R.A berkata "Nikmatilah dunia ini. Kerana untuk kamu dunia ini, dan akhirat adalah untuk kami". Itulah keteguhan sejati wanita Islam. Saudari-saudari yang solehah sekalian, tutup lah aurat anda. Jagalah kehormatan diri anda. Kerana kecantikan yang sebenar adalah di akhirat nanti.
Jadi ketika suami yang soleh beristerikan Hur'ain, mengikut Ibn Qayyim R.H dalam Hadis Sahih dalam Musnad Imam Ahmad, bahawa pada saat itu akan datang seorang wanita lain. Seorang wanita yang mana kecantikan dan kesempurnaan yang dimilikinya akan membuatkan seorang raja lupa pada gundik-gundik nya. Siapa wanita ini? Wanita ini adalah para isteri kita semua yang solehah di dunia. Jadi isteri-isteri di dunia ini akan menjadi permaisuri kepada Hur'ain di syurga. Dan Ibn Qayyim ada menyebut "Pernahkah seorang raja ada memikirkan tentang gundik-gundik yang lain ketika dihadapan permaisuri?". Semestinya tidak!
Kenapa para isteri solehah di dunia diberikan Allah S.W.T kecantikan dan kesempurnaan dan darjat yang tinggi iaitu permaisuri kepada Hur'ain di syurga? Ibn Qayyim berkata "Kerana Hur'ain tidak pernah merasakan kesusahan seperti yang dihadapi oleh wanita solehah di dunia". Mereka tidak pernah berjihad di jalan Allah, mereka tidak dipernah rasa dicemuh kerana berhijab, mereka tidak pernah merasakan kesusahan untuk patuh pada perintah suami. Jadi mengapa wanita solehah tidak boleh lebih cantik dari Hur'ain? Ini lah kekuasaan Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment