Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Jadilah orang yang adil seperti Saidina Ali bin Abi Talib R.A. Ya, Saidina Ali R.A. Terdapat satu kisah dimana pada satu ketika Saidina Ali R.A kehilangan perisai beliau dalam satu peperangan. Perisai nya yang hilang itu di pungut oleh seorang Yahudi di medan pertempuran. Kemudian pada suatu hari, ketika Saidina Ali R.A berada di pasar, dia ternampak akan perisai nya yang sedang dijual di sebuah kedai kepunyaan lelaki Yahudi tadi. Jadi Saidina Ali R.A pun berkata kepada lelaki Yahudi itu "Ini adalah perisai ku dan perisai ini aku hilang semasa berada di medan perang". Lelaki Yahudi itu membalas "Ini adalah perisai ku dan ia adalah milik ku".
Saidina Ali R.A ketika itu adalah seorang Khalifah Islam. Dia sebenarnya mampu untuk memiliki semula perisai kepunyaan nya hanya dengan berkata "Aku inginkan perisai ini" dan lelaki Yahudi tersebut pasti tidak dapat berbuat apa-apa. Tetapi sikap adil yang sangat tinggi pada seorang sahabat Rasulullah S.A.W ini menyebabkan dia tidak membuat perkara yang tidak adil sebegitu. Saidina Ali R.A yang sangat adil tidak mahu menyalahgunakan kuasa yang ada pada nya. Jadi mereka berdua pun pergi menemui Qadi Shurayh.
Qadi Shurayh adalah seorang Qadi yang terkenal pada zaman pemerintahan sahabat dan pada zaman Saidina Ali R.A. dan dia adalah seorang hakim yang terbaik di dunia dan dihormati seluruh umat Islam. Bayangkanlah seorang Khalifah besar Islam yang sudah tentu tidak dapat kita takwil akan keadilan yang ada padanya, duduk di hadapan seorang Qadi bersama seorang Yahudi demi mendapat keadilan. MasyaAllah. Jadi Qadi Shurayh berkata pada Saidina Ali R.A "Wahai Abu Hassan". Lalu Saidina Ali R.A membalas "Jangan lah engkau memanggil aku Abu Hassan seolah-olah engkau memihak kepadaku berbanding lelaki ini, panggil lah aku Ali". Kemudian Qadi Shurayh bertanya "Wahai Ali, apa masalah mu?". Saidina Ali R.A berkata "Ini adalah perisai ku dan aku kehilangan ia di medan perang tapi aku temui ia di tangan lelaki ini". Qadi Shurayh bertanya lagi "Adakah kamu mempunyai saksi?".Jawab Saidina Ali R.A "Aku mempunyai dua orang puteraku iaitu Hassan dan Hussain". Qadi Shurayh berkata "Maaf, kamu tidak boleh menjadikan kedua-dua orang puteramu sebagai saksi kerana ini adalah konflik kepentingan seperti yang kita tahu dalam sistem perundangan Islam". Jadi Qadi Shurayh bertanya lagi "Adakah kamu mempunyai saksi yang lain?". Jawab Saidina Ali R.A "Tidak".
Qadi Shurayh bertanya pula pada lelaki Yahudi tadi "Dari mana Kamu mendapatkan perisai ini". Jawab lelaki Yahudi itu "Ia milikku". Qadi Shurayh bertanya lagi "Adakah kamu mempunyai saksi atau kamu sanggup bersumpah bahawasanya perisai ini milik kamu?". Lelaki Yahudi itu bersumpah "Aku bersumpah bahawasanya perisai ini adalah milikku". Jadi Qadi Shurayh berkata "Kes ini selesai disini dan perisai ini adalah pemilik lelaki Yahudi ini. Maaf Ali, kamu tidak mempunyai saksi dan lelaki ini telah bersumpah. Seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W "barangsiapa yang mengajukan sesuatu perkara, dia perlu membawa saksi atau barang bukti, seseorang yang berada dalam penolakan dapat mengajukan sumpah". Qadi Shurayh telah membuat keputusan yang perisai itu milik lelaki Yahudi tersebut.
Namun sebelum meninggalkan bilik pengadilan, lelaki Yahudi itu berkata kepada Saidina Ali R.A "Wallahi, aku mengucapkan asyhadu an la ilaha ilallah wa asyhadu anna muhammadan abduhu wa rusuluh, bahawa inilah keperibadian para nabi, dan demi Allah aku menjumpai perisai itu pada hari kamu menjatuhkannya di medan pertempuran dan perisai ini memang milik kamu". Lalu balas Saidina Ali R.A "Wallahi, sesungguhnya perisai ini adalah milik kamu sekarang sebagai hadiah untukmu saudara muslim ku".
Inilah akhlak Islam, inilah karakter Muslim yang sejati, inilah karakter yang harus ada pada diri kita! Hayati kisah ini sedalam-dalam nya wahai saudara-saudari ku sekalian. Semoga kita beroleh kemenangan. InsyaAllah.
jzkk ya akhi!
ReplyDelete::: alhamdulillah.. :::
Delete