Monday, February 3, 2014

Detik Terbunuhnya Saidina Uthman Ibn Affan, Dzun Nurain (Pemilik Dua Cahaya)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Ini adalah kisah terbunuhnya Saidina Uthman Ibn Affan R.A.yang mana rumah nya telah digempur dan dikepung selama 40 hari dan 40 malam oleh musuh-musuh Islam dan selama itu Saidina Uthman R.A berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam harinya. Pada malam ke 40, Saidina Uthman R.A bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W. Dalam mimpi itu Rasulullah S.A.W bersabda "Wahai Uthman, engkau telah berpuasa selama 40 hari. Esok kamu akan berbuka puasa bersama kami". Dan pada ketika Saidina Uthman R.A terjaga dari mimpinya itu, isterinya Nailah R.A berkata bahawasanya Saidina Uthman R.A kelihatan sangat gembira dan merasa bahagia.

Perkara pertama yang dilakukan oleh nya selepas terjaga dari mimpi itu ialah dia keluar dari rumahnya dan berkata kepada penjaga yang sedang mengawasi rumahnya dan dia berkata kepada penjaga itu "Aku meminta demi Allah, jangan menumpahkan darah sesiapa pun atas namaku". Kemudian dia mengambil Al-Quran lalu membacanya. Tiba-tiba salah seorang pemberontak memanjat tembok rumah Saidina Uthman R.A dan menarik janggut nya. Saidina Uthman R.A dengan tenang berkata "Jangan sentuh janggutku kerana ayahmu dulu pun menghormati janggut ini". Kemudian pemberontak itu pun melepaskan janggut Saidina Uthman R.A kerana dia masih ingat bukan sahaja ayahnya yang menghormati Saidina Uthman R.A malah Rasulullah S.A.W dan semua orang menghormati Saidina Uthman Ibn Affan R.A. Mendengar sahaja kata-kata Saidina Uthman R.A, pemberontak tadi segera meninggalkannya.

Kemudian datang pula dua orang Mesir yang lain lalu memanjat tembok rumah Saidina Uthman R.A. Dengan segera Saidina Uthman R.A mengetatkan tali seluarnya kerana dia adalah manusia yang mempunyai sifat malu yang sangat tinggi, dan dia tidak mahu auratnya terdedah di saat kematiannya.

Ada satu kisah dimana pada suatu ketika, Rasulullah sedang duduk bersama para sahabat dan sedikit bahagian peha beliau terdedah. Kemudian datang Saidina Abu Bakar R.A dan Rasulullah S.A.W diam sahaja. Kemudian datang pula Saidina Umar R.A dan Rasulullah S.A.W tetap diam. Tetapi selepas itu Saidina Uthman R.A datang dan dengan segera Rasulullah S.A.W bergegas untuk memperbetulkan pakaian beliau. Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah S.A.W "Ya Rasulullah, ketika ayahku datang engkau hanya diam dan begitu juga ketika Saidina Umar datang. Tetapi ketika Saidina Uthman datang engkau dengan segera memperbetulkan pakaianmu". Rasulullah S.A.W bersabda "Tidakkah aku seharusnya malu kepada orang yang mana para malaikat pun malu kepadanya?".

Berbalik kepada detik kematian Saidina Uthman R.A, para pemberontak yang menceroboh rumah nya tadi datang dan memukul kepala Saidina Uthman R.A dengan sebatang besi. Darah mula mengalir dari kepalanya. Titisan darah yang pertama jatuh tepat mengenai ayat Al-Quran yang berbunyi "..cukuplah Allah sebagai pelindungmu..(Al-Anfal: 64). Kemudian salah seorang dari pemberontak ingin menetak Saidina Uthman R.A dengan sebuah pedang, lalu dia mengangkat tangan nya dengan tinggi untuk mempertahankan dirinya. Lalu terputus lah sebelah tangan Saidina Uthman R.A. Lalu Saidina Uthman R.A berkata "Aku bersumpah demi Allah, tangan yang baru sahaja engkau tetak putus itu adalah tangan yang mula-mula menulis ayat Al-Quran". Kemudian mereka menusuk perut Saidina Uthman R.A dengan pedang dan isterinya berlari menghampirinya dan cuba untuk menarik pedang itu. Lalu pemberontak-pemberontak itu memotong putus jari isteri Saidina Uthman R.A. Kemudian pemberontak terus menusuk perut Saidina Uthman dengan pedang. Demikian maka terputuslah hayat Saidina Uthman Ibn Affan R.A pada umur 82 tahun. Salah seorang pemberontak menerjang dada Saidina Uthman R.A dan menikam nya sebanyak 6 kali. Tidak cukup dengan itu, mereka menyeret mayat Saidina Uthman R.A ke tempat sampah. Kemudian para pemberontak itu pun melaung "Tidak ada sesiapa pun yang boleh menguburkan mayat ini! ".

Kemudian isteri Rasulullah S.A.W, Umayya Habiba R.A menaiki tangga masjid Rasulullah S.A.W dan berkata "Wahai pemberontak, jika kamu tidak mengizinkan kami menguburkan jenazah Saidina Uthman, maka aku isteri Rasulullah S.A.W, aku kehendak Rasulullah S.A.W, aku kekasih Rasulullah S.A.W, aku ibu orang-orang beriman, akan turun ke jalan Madinah tanpa menutup rambutku dan aku sendiri yang akan menguburkan Saidina Uthman!". Dia tahu bahawasanya tidak ada seorang pun pemberontak yang berani terhadap isteri Rasulullah S.A.W. Ka'ab Ibn Malik R.A meriwayatkan "Aku bersumpah demi Allah, jika Umayya Habiba R.A turun ke jalan Madinah tanpa menutup rambutnya, maka ALLAH S.W.T AKAN MENURUNKAN HUJAN BATU DARI LANGIT!" MasyaAllah.

Selepas mendapat ancaman dari isteri Rasulullah S.A.W, maka para pemberontak membenarkan umat Islam menguburkan mayat Saidina Uthman R.A. oleh 4 orang, Hassan dan Hussain R.A, Saidina Ali R.A dan Muhammad Ibn Talha R.A. Ketika mereka membawa jenazah Saidina Uthman R.A, para pemberontak mula melempar batu ke tubuh jenazah. Amrita bin Arta R.A meriwayatkan "Ketika aku dan Aisyah R.A pulang dari berhaji, kami melihat Al-Quran dimana darah Saidina Uthman terjatuh keatasnya dan darahnya jatuh pada ayat "..cukuplah Allah bagimu.."(Al-Anfal: 64). Dan dia bersumpah demi Allah, setiap pemberontak itu akan mati dalam keadaan yang sangat mengazabkan.

Akibat dari kematian Saidina Uthman Ibn Affan R.A memberi kesan yang sangat besar. Hassan R.A meriwayatkan "Aku melihat datukku (Rasulullah S.AW) di dalam mimpi, dan beliau berdiri dihadapan Arasy Allah S.W.T, dan ini lah kali pertama aku melihat beliau dalam mimpi yang beliau berada dalam kekhuatiran. Kemudian datang Saidina Abu Bkar R.A dari belakang dan menempatkan tangan nya di bahu Rasulullah S.A.W. Kemudian Saidina Umar R.A pula datang dari belakang dan menempatkan tangan nya ke bahu Saidina Abu Bakar R.A. Dan inilah hari dimana kematian Saidina Uthman Ibn Affan R.A. Dan tidak lama selepas itu, Saidina Uthman R.A datang dengan wajahnya yang berlumuran darah, tangannya menggenggam kepalanya, dan dia berkata "Wahai Rasulullah, tanyakan kepada mereka, kerana dosa apakah mereka menyembelih aku seperti seekor lembu?". Hassan R.A berkata lagi "Ketika Saidina Uthman R.A bertanya seperti itu, Arasy Allah mula bergegar. Kemudian 2 sungai darah mengalir dari Arasy Allah S.W.T.

Pada hari kiamat kelak, ada ramai orang yang gugur sebagai syuhada. Untuk sebahagian syuhada, Afghanistan akn menjadi saksi. Untuk sebahagian syuhada, Palastine akan menjadi saksi. Untuk sebahagian syuhada, Syria akan menjadi saksi. Untuk sebahagian syuhada, Perang Uhud akan menjadi saksi. Tetapi untuk Saidina Uthman Ibn Affan R.A, AL-QURAN AKAN MENJADI SAKSINYA, kerana kematian nya tepat dihadapan Al-Quran. Rasulullah S.A.W bersabda mengenai Saidina Uthman R.A " Setiap Nabi mempunyai seorang sahabat di syurga kelak dan sahabatku adalah Uthman Ibn Affan".


1 comment: