Pertama.
- dari Aisyah R.A, bahawa adiknya Asma pernah datang untuk menghadap Rasulullah S.A.W dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda "Apabila seseorang wanita itu telah baligh, tidak boleh lagi terlihat auratnya kecuali ini dan itu" (Rasulullah S.A.W menunjukkan pada muka dan tapak tangan beliau). - Hadis Riwayat Abu Daud.
Kedua
- Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya termasuk dalam ahli neraka iaitu perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (mendedahkan aurat), yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau syurga pun" - Hadis Riwayat Muslim.
Ketiga
- Rasulullah S.A.W bersabda "Tidak dibenarkan seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan wanita tanpa dihadiri Muhrim" (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).
- Rasulullah S.A.W bersabda "Tidak berdua-duaan lelaki dan wanita melainkan yang ketiganya adalah syaitan " (Hadis Riwayat Ahmad, Tarmizi dan Hakim).
Keempat
- Sabda Rasulullah S.A.W "Mana-mana sahaja wanita yang memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melewati suatu kaum, supaya mereka tercium akan bau wanginya itu, sesungguhnya mereka seolah-olah telah berzina" (Hadis Riwayat Ahmad)
Kelima
- Rasulullah S.A.W bersabda "Wanita, apabila dia solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya, serta taat pada suaminya, maka masuklah dia dari mana sahaja pintu syurga yang dia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani dan Anas bin Malik).
Sabda Rasulullah S.A.W "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu apinya". Lalu Aisyah R.A. bertanya "Mengapa Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah S.A.W "Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan sewaktu melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah". Sama-samalah kita renungkan dan selamat beramal. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment