Friday, February 14, 2014

Kisah Cinta Yang Sangat Mengharukan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Ini adalah sebuah kisah yang benar-benar berlaku kepada seorang pemuda yang bekerja di Emiriah Arab Bersatu. Pada asalnya pemuda ini adalah seorang yang miskin tetapi berkat doa ayahnya yang soleh dan taat pada perintah Allah S.W.T, juga usaha keras pemuda tadi yang bekerja di negara orang, nasib mereka berubah menjadi orang yang senang. Selama 4 tahun pemuda ini bekerja di negara orang dengan niat untuk mengumpul kekayaan dan dengan niat untuk berkahwin.

Jadi setelah cukup segala kekayaan yang dikumpulkan, maka pemuda ini berkata kepada ayahnya yang dia ingin berkahwin dan dia ingin ayahnya supaya mencarikan jodoh kepadanya, dan menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengannya. Dan pesan pemuda itu lagi kepada ayahnya, dia tidak ingin melihat wajah pengantin perempuan sehinggalah tiba hari pernikahan. Betapa percayanya seorang pemuda kepada ayahnya. Nabi Muhammad bersabda "Seorang wanita dinikahi atas 4 perkara : Kekayaan, Kecantikan, Garis Keturunan, dan Agama nya. Adalah lebih baik memilih agamanya". Lalu ayahnya memilih seorang gadis yang solehah untuk anak nya, iaitu pemuda tersebut. Tetapi gadis ini tidak cantik.

Tibalah pada hari pernikahan, maka pemuda tadi yang sudah tidak sabar melihat isterinya, dibawanya isterinya ke dalam bilik. Lalu pemuda itu membuka tabir wajah yang dipakai oleh si isteri. Maka terkejutlah pemuda tadi kerana melihat wajah isterinya itu tidak cantik, tidak seperti yang dia harapkan. "Inikah isteri yang ayah pilih untukku? Dia tidak cantik!" katanya dalam hati. Dia menjadi sangat tertekan. Bertahun-tahun dia bekerja, mencari wang untuk berkahwin, menunggu saat ini, tapi semuanya bagaikan hancur. Disebabkan sangat tertekan, maka pemuda itu tertidur.

Setibanya sepertiga malam, si isteri yang solehah ini yang faham akan reaksi suaminya itu, cuba untuk mengejutkan suaminya dari tidur, tetapi suaminya menolak. Dicubanya lagi tetapi ditolak. Kemudian si isteri memercikkan air ke muka suaminya untuk membangunkan suaminya itu. Jadi dengan berat hati, suaminya pun bangun lah, lalu si isteri pun berkata "Aku tahu betapa kecewanya dirimu padaku, aku tahu aku ini tidak cantik. Tapi apakah kau tahu yang aku ingin berkahwin denganmu hanya untuk satu sebab ini. Aku ingin menerapkan hadis dari Nabi Muhammad S.A.W yang mana beliau bersabda 'Semoga Allah merahmati seorang suami yang terbangun untuk solat malam, lalu dia mengejutkan isterinya (untuk solat bersama), dan jika isterinya tidak bangun, dia akan memercikkan air ke wajah isterinya agar dia bangun". Dan inilah yang ingin diterapkan oleh si isteri solehah ini. MasyaAllah.

Seorang isteri, dan semoga Allah merahmati wanita, Allah S.W.T memberikan rahmat-Nya kepada wanita yang bangun di malam hari untuk solat Tahajjud. Dan si isteri akan membangunkan si suami untuk solat bersama, dan jika si suami tidak bangun, maka si isteri memercikkan air ke muka si suami untuk membangunkannya. "Demi Allah, aku sangat berterima kasih kepadamu kerana sudi menjadi suamiku, kerana aku sangat ingin menerapkan hadis ini, dan aku sebenarnya agak berputus asa kerana aku fikir tidak akan ada pemuda yang sudi mengahwiniku kerana aku tidak cantik. Jadi sudikah kau bangun dan menjadi imam solat Tahajjud ini untukku? Sudikah kau memenuhi hajatku ini?" kata si isteri.

Lalu si suami tadi pun bangun dan mengimamkan solat Tahajjud untuk si isteri. Saudara-saudariku, demi Allah pemuda ini bersumpah, bahawa pada saat dia selesai solat Tahajjud bersama isterinya, pada ketika dia memandang wajah isterinya, dia sangat terkejut dan katanya "Aku melihat wajah isteriku seolah-olah aku merasakan dialah wanita yang paling cantik yang pernah aku lihat di dunia ini!". Subhanallah. Inilah kehebatan solat malam wahai saudara-saudari sekalian. Inilah kehebatan Allah S.W.T. Jangan lah kita tertipu dengan filem-filem yang kita biasa tonton di televisyen. Semua nya sempurna di mata kita walhal kita ditipu oleh para pelakon dunia. Malahan ada sesetengah nya menjadikan para pelakon yang cantik, para pelakon yang kacak itu sebagai idola mereka. Tergila-gilakan mereka. Walhal mereka sudah mempunyai suami atau isteri masing-masing.

Cinta itu sampai ke hati kerana Allah S.W.T. Allah S.W.T mampu untuk membuatkan kita mencintai suami atau isteri masing-masing tetapi yang pertama sekali kita harus mencintai Allah S.W.T. Imamkan isteri anda pada setiap kali solat atau jadikan suami anda imam untuk solat malam anda. Kisah cinta yang saya ceritakan kepada anda sekalian tadi bukanlah yang direka-reka. Keluarga pasangan ini sedang menetap di Mesir dan semua anak cucu mereka adalah ahli hafiz iaitu penghafal Al-Quran. Dan ada antara anak-anak mereka yang menjadi ulama' di Mesir. Inilah cinta yang dirahmati Allah S.W.T. Jika kita mencintai pasangan kita kerana Allah, dan masing-masing taat dalam menjalani perintah Allah, maka Allah akan merahmati perhubungan kita suami isteri malah menjadi pasangan yang disucikan si syurga kelak. InsyaAllah. KATAKAN 'TIDAK' PADA HARI VALENTINE (^_-).



No comments:

Post a Comment