Saturday, February 8, 2014

Kisah Seekor Singa Dan Pemuda Yang Khusyuk


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Ini adalah kisah seorang pemuda Islam yang khusyuk dalam solat dan kisah ini sepatutnya menjadi contoh bagi kita semua sebagai orang yang bersolat. Disebutkan kisah ini dalam oleh Imam Zahbi dalam kitab Sir Alam un Nubala, dia berkata ada sekumpulan orang yang melakukan perjalanan di malam hari. Kemudian mereka sampai di sebuah lembah yang dikelilingi hutan belantara. Disebabkan lewat malam dan keletihan, jadi mereka pun mempersiapkan diri untuk tidur.

Tetapi salah seorang dari mereka, tidak bersiap untuk tidur malah mempersiapkan diri untuk untuk solat Qiyamullail. Jadi mereka pun bersiaplah untuk melakukan aktiviti masing-masing, sekumpulan bersiap untuk tidur manakala seorang lagi meneruskan solat Qiyamullail. Tiba-tiba muncul seekor singa dari celah-celah pokok hutan yang tebal itu. Maka bertempiaran lari lah sekempulan lelaki yang ingin tidur tadi menyelamatkan diri. Masing-masing memanjat dan melompat ke atas pokok. Tetapi lelaki yang sedang solat Qiyamullail itu sedikit pun tidak berganjak. Sedikit pun tidak takut malah meneruskan solat Qiyamullail nya tanpa mempedulikan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.

Singa itu kemudian datang menghampirinya. Singa itu berjalan di sekelilingnya. Namun lelaki yang sedang bersolat itu langsung tidak mempedulikan kehadiran singa itu. Selepas itu singa pun beredar, masuk semula ke dalam hutan yang tebal. Teman-temannya yang tadi turun dari pokok. Selesai lelaki itu bersolat mereka berkata "Kau gila kah? Singa menghampiri mu tapi kamu tidak berganjak sedikit pun?" Lalu lelaki yang bersolat itu menjawab "Demi Allah, aku malu bahawa aku sedang berdiri menghadap Allah S.W.T tetapi aku takut kepada salah satu makhluk ciptaan-Nya". MasyaAllah. Inilah tingkat kekhusyukan yang luar biasa.

"Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya" (Al-Mukminun : 1-2 )
 

No comments:

Post a Comment