Sunday, February 2, 2014

Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A , Manusia Paling Berani Selepas Rasulullah S.A.W


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Terdapat satu kisah dimana, pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang solat, tiba-tiba muncul seorang pemuda bernama Uqba bin Muayt datang menghampiri Rasulullah S.A.W dengan seutas tali. Ketika itu Rasulullah S.A.W sedang sujud. Uqba melemparkan tali yang dipegang nya ke leher Rasulullah S.A.W dan mula menjerut leher beliau sehingga terkeluar bunyi "akhhh". Rasulullah S.A.W kesakitan kerana tindakan dari Uqba. Pada ketika itu para sahabat turut berada bersama Rasulullah S.A.W dan menyaksikan perkara tersebut. Kebetulan pada ketika itu Abu Bakar As Siddiq melalui tempat kejadian dan ternampak akan perbuatan Uqba. Dengan segera Abu Bakar As Siddiq menolak Uqba. "Apakah kamu akan membunuh seorang lelaki kerana dia menyatakan: "Tuhanku adalah Allah" (Al-Mukmin: 40), kerana itukah kamu mahu membunuhnya?"soal Abu Bakar As-Siddiq kepada Uqba. "Dia bukan sahaja mengaku Allah adalah satu malah dia juga mempunyai banyak bukti-buktinya" sambung Abu Bakar As-Siddiq. "Dan jika dia berbohong maka hidup nya akan runtuh, jadi kamu tidak perlu menguruskannya. Dan jika dia jujur dalam bicaranya maka dia adalah Rasul Allah yang sebenarnya" tambah Abu Bakar As-Siddiq.

Persoalannya, kenyataan yang dibuat oleh Abu Bakar As-Siddiq R.A itu pernah diungkapkan oleh siapa? Kenyataan tersebut pernah diungkapkan oleh seseorang yang hidup pada zaman Nabi Musa A.S. Ketika Firaun menyuruh bala tentera nya membunuh Nabi Musa A.S, terdapat seorang yang beriman kepada Allah (secara sembunyi) telah mengeluarkan kenyataan ini untuk melawan Firaun. Dia berkata kepada Firaun "Adakah kau akan membunuh Musa A.S hanya kerana dia berkata "Aku beriman kepada allah yang satu?"". Hal yang sama telah berlaku keatas Abu Bakar As Siddiq R.A. MasyaAllah.

Pada suatu hari, Saidina Ali R.A sedang memberikan ceramah, dan dia bertanya kepada orang ramai "Siapakah orang yang paling kuat?". Orang ramai pun menjawab "Ali R.A, kamulah yang paling kuat". Ini kerana Saidina Ali R.A yang selalu bersiap sedia untuk melawan sesiapa sahaja yang ingin berlawan dengan nya. Kuatnya Saidina Ali R.A sehinggakan dia menggunakan pintu istana sebagai perisainya. Cuba anda bayang seorang yang mampu mengangkat pintu istana yang besar dan berat menggunakan sebelah tangan sebagai perisainya. Bayangkan betapa kuat nya Saidina Ali R.A. Lalu Saidina Ali R.A berkata "Aku bertarung dengan orang-orang yang menghampiriku, yang ingin menentangku, aku akan bertarung dengan mereka. Akan tetapi Abu Bakar R.A akan berlawan dengan sesiapa sahaja yang menentang Rasulullah S.A.W. Dia lebih kuat berbanding aku".

Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A adalah insan yang paling kuat dan berani diantara kita semua selepas Rasulullah S.A.W. Seseorang dapat menyedari kekuatan hatinya pada perang Badar, Uhud, Parit, Hudaibiyah, dan Hunain. Semua ini cukup bagi kita untuk membuktikan ketabahan, dan keteguhan hati nya, dan Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A lah yang menguatkan kita selepas tragedi yang terbesar menimpa umat Islam iaitu kewafatan Rasulullah S.A.W.


No comments:

Post a Comment