Monday, February 3, 2014

Doa Saidina Umar Al Khattab R.A


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Pada suatu ketika, Saidina Umar R.A berkumpul bersama para sahabat lalu beliau berkata "Buatlah sebuah permintaan". Dia meminta para sahabat masing-masing untuk berdoa kepada Allah S.W.T dengan doa yang istimewa. Jadi salah seorang dari para sahabat yang berada disitu menadah tangan lalu berdoa "Ya Allah, aku berharap agar ruangan bilik  ini dipenuhi dengan emas dan perhiasan agar aku dapat memberikan seluruhnya harta-harta ini ke jalan Allah S.W.T". Selepas itu seorang sahabat yang lain turut berdoa "Ya Allah, aku berharap agar dikurniakan emas dan perhiasan sebesar Gunung Uhud supaya aku dapat memberikan kesemuanya harta itu ke jalan Allah S.W.T".

Saidina Umar R.A hanya diam. Dia mendengar sahaja apa yang didoakan oleh para sahabat. Jadi para sahabat melihat Saidina Umar R.A dan bertanya "Wahai Umar, apakah doamu?. Apakah doamu yang sangat istimewa jika Allah S.W.T menganugerahkan kepada kita satu doa untuk umat Nabi Muhammad S.A.W dan doa ini akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T?". Lalu Saidina Umar Al-Khattab R.A berkata "Aku berharap agar ruangan ini dipenuhi dengan orang-orang seperti para sahabat Muhammad S.A.W, jadi aku dapat menyebarkan Islam keseluruh dunia dan dapat menguasai dunia".

Saudara-saudariku sekalian, apa yang Islam perlukan bukanlah bilangan umat Islam seramai 1.5 billion orang, tetapi yang Islam perlukan adalah satu ruangan yang dipenuhi dengan muslimin dan muslimat yang sejati. Islam tidak perlukan jumlah yang banyak, malah bilangan yang banyak ini mungkin akan menjadi bebanan bagi umat ini, sebaliknya Islam hanya perlu kan hanya satu ruangan muslimin dan muslimat yang sejati dan hanya perlukan hanya seorang lelaki sejati untuk mengubah dunia. Seorang lelaki sejati,iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Rasulullah S.A.W bersabda pada setiap abad, Allah S.W.T akan mengutuskan satu orang untuk mengubah umat dan situasinya dan memperbaharui keimanan agama dalam umat itu. SATU ORANG! Saudara-saudariku sekalian, segalanya dalam Islam telah memberitahu kepada kita supaya menjadi satu orang itu. Al-Quran, Hadis atau sejarah, kesemua nya memberitahu kita supaya menjadi orang yang satu itu. Itulah yang difokuskan oleh Rasulullah S.A.W - melahirkan seorang lelaki dan seorang perempuan yang mampu untuk mengubah dunia. Tetapi kebesaran Rasulullah S.A.W, apa yang telah beliau tinggalkan adalah ribuan para mukminin dan mukminat yang mampu untuk mengubah dunia. MasyaAllah.Sayangnya mereka hanya hidup untuk beberapa tahun,70, 80, 90 tahun tetapi dengan harapan anak-anak mereka iaitu KITA mampu untuk meneruskan perjuangan mereka, mengambil panji-panji mereka dan pesanan mereka.

Saudara-saudari se-Islam ku sekalian, segalanya dalam agama Islam ini adalah mengenai seorang muslimin dan seorang muslimat tersebut.


No comments:

Post a Comment