Friday, February 28, 2014

Cinta Saidina Abu Bakar R.A Kepada Rasulullah S.A.W


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Berapa umur Nabi Muhammad S.A.W ketika beliau berhijrah? 23 tahun? 30 tahun? Adakah beliau menaiki kenderaan atau tunggangan? Adakah beliau bergerak dari Mekah ke Madinah dengan ribuan kaum kafir sedang mengekori beliau untuk membunuh beliau pada umur 35 tahun? Berapa umur beliau ketika itu? 53 TAHUN! Cuba tunjukkan kepada saya seorang tua yang berumur 53 tahun yang mampu berjalan berbatu-batu jauhnya dalam keadaan panas gurun tanpa jatuh pengsan! Seorang lagi sahabat paling rapat dengan Rasulullah, yang menemani Rasulullah, berapa umurnya? Dia berumur 51 tahun. Dialah Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A, sahabat paling rapat dengan Rasulullah S.A.W juga pencinta Rasulullah yang sangat agung. 

Seorang berumur 53 tahun manakala seorang lagi berumur 51 tahun. Bagi kita umur ini sudah setara dengan umur datuk yang tua. Mereka berdua orang tua yang mengharungi gunung dan padang pasir dalam keadaan panas yang terik. Anda bayangkan. Tapi disini Abu Bakar R.A berkata "Wahai Rasulullah, kita tidak akan dapat lari dari musuh-musuh yang mengejar kita, kita mesti menyusun strategi. Kita perlu bersembunyi dalam salah satu gua yang ada disini". Lalu Rasulullah S.A.W bersetuju dengan pendapat Abu Bakar R.A. Kemudian Abu Bakar berkata lagi "Tetapi Rasulullah, ada satu masalah. Kemana sahaja kita pergi musuh-musuh tetap akan dapat mengekori kita kerana mereka nampak akan kesan tapak kaki kita berdua. Jadi kita mesti menghilangkan salah satu pasang tapak kaki ini supaya mereka tidak mengekori kita lagi". Lalu Rasulullah S.A.W bertanya "Wahai Abu Bakar, jadi apa pendapat mu?". Jawab Saidina Abu Bakar R.A "WAHAI RASULULLAH, PELUKLAH AKU DARI BELAKANG, ENGKAU NAIKLAH KE ATAS BELAKANGKU, BIAR AKU SAHAJA BAWA KAMU MENDAKI GUNUNG INI". MasyaAllah. Gunung ini diberi nama Ghar Al Thawr, sebuah gunung yang sangat curam. 

Saidina Abu Bakar R.A bukanlah seorang yang gagah perkasa. Tubuhnya kurus, dan dia seorang yang lemah. Tetapi kerana cintanya dia kepada Rasulullah S.A.W, dia mengendong Rasulullah S.A.W sambil berdoa kepada Allah S.W.T menuju ke gua di atas Gunung Ghar Al Thawr. Biar saya beritahu anda semua yang berat Rasulullah S.A.W itu bukan sahaja terdiri dari daging, darah dan tulang beliau, tetapi yang paling berat pada batang tubuh Nabi Muhammad S.A.W adalah KENABIANNYA. Berat badan beliau terdiri dari Wahyu Allah S.W.T. 

Satu kisah dimana ketika umat Islam berjaya menakluk Kota Mekah, Rasulullah S.A.W masuk ke dalam Kaabah, menggunakan tongkatnya, beliau menghancurkan semua berhala yang ada didalam Kaabah. Tetapi ada satu berhala yang berada di tempat yang agak tinggi di mana Rasulullah S.A.W tidak dapat mencapainya. Lalu Saidina Ali R.A yang gagah perkasa berkata "Wahai Rasulullah, naik lah ke atas ku supaya kamu dapat mencapai berhala itu". Seperti yang kita sedia maklum, Saidina Ali R.A adalah seorang lelaki yang sangat perkasa. Tubuh badannya sasa. Dengan kata lain, dia jaguh kelas berat bagi seorang peninju. Bayangkan dalam Perang Khaibar, Saidina Ali R.A mencabut pintu istana musuh dengan sebelah tangan dan menjadikan pintu besar istana itu sebagai perisainya. Tetapi apabila dia meminta untuk mengendong Nabi Muhammad S.A.W, lantas Nabi Muhammad S.A.W berkata "Wahai Ali, sesungguhnya badanmu tidak mampu untuk menanggung beratnya Nubuwwah (Kenabian)". Tetapi selemah-lemah Saidina Abu Bakar R.A, dia mampu untuk mengendong Rasulullah S.A.W serta berat Kenabian yang ada pada beliau.

Jadi setelah beberapa lama mendaki, Abu Bakar R.A dan Rasulullah S.A.W sampai ke sebuah gua. Lalu Abu Bakar R.A berkata kepada Rasulullah S.A.W "Wahai Rasulullah, kamu duduk lah dahulu di luar, biar aku masuk dahulu ke dalam gua ini". Abu Bakar R.A kemudiannya masuk ke dalam gua itu, dia melepaskan serban yang dipakai nya, dan dia membersihkan gua itu supaya kekotoran yang ada di dalam gua itu tidak mengotori Rasulullah S.A.W. Kemudian dia mencarik-carikkan serban nya dan sedikit pakaian nya lalu di tutup segala lubang yang ada di dalam gua itu supaya tidak ada sesuatu yang mungkin akan keluar dari lubang-lubang itu dapat mencederakan Rasulullah S.A.W. Setelah selesai Abu Bakar R.A. menjemput Rasulullah S.A.W masuk untuk berehat di dalam gua itu. Abu Bakar R.A kemudian melihat kepada pintu gua yang agak luas yang belum di tutup. Rasulullah S.A.W seraya berkata "Jangan khuatir wahai Abu Bakar". Dengan izin Allah S.W.T datang labah-labah lalu membuat sarangnya di pintu gua itu dan menutupi keseluruhan pintu gua tersebut.

Apabila mereka berdua bersiap untuk duduk berehat, Abu Bakar R.A ternampak akan satu lubang yang mana dia terlepas pandang untuk menutupnya. Pada ketika itu, sudah tidak ada lagi pakaian atau lebihan kain yang ada pada Abu Bakar R.A untuk menutup lubang itu. Cepat-cepat ditutup lubang itu menggunakan sebelah kakinya. Setelah dia duduk, Abu Bakar R.A berkata kepada Rasulullah S.A.W "Wahai Rasulullah, kamu pastinya sudah letih. Kamu tidur sajalah di pangkuanku". Saidina Abu Bakar R.A mempelawa Rasulullah S.A.W untuk tidur dipangkuannya sedangkan dia telah mengendong Rasulullah S.A.W mendaki gunung yang curam itu. Siapa yang sepatutnya letih? MasyaAllah. Inilah kecintaan paling tinggi. Inilah tahap kecintaan pada Rasulullah yang sangat luar biasa yang ada pada Saidina Abu Bakar R.A. Rasulullah S.A.W kemudiannya tertidur di pangkuan Saidina Abu Bakar R.A.

Dan ini adalah kisah yang sangat terkenal, dimana ketika Rasulullah S.A.W tertidur dipangkuan Abu Bakar R.A, seekor ular ingin keluar dari lubang yang ditutup oleh Abu Bakar R.A dengan menggunakan kakinya. Ular itu mematuk kaki Abu Bakar R.A dan racun ular tersebut menjalar ke seluruh badan nya. Abu Bakar R.A dapat merasakan racun ular itu bergerak ke seluruh tubuhnya tetapi dia tetap bertahan. Dia tidak bergerak dari tempat duduknya kerana jika dia bergerak, dia akan membangunkan Rasulullah S.A.W terjaga dari tidur beliau. Jadi Abu Bakar R.A, kerana cintanya kepada Rasulullah S.A.W, seolah-olah telah bersedia untuk mati disebabkan racun ular yang mematuknya itu, asalkan Rasulullah S.A.W dapat berehat di pangkuannya dan tidak terjaga dari tidur beliau. Kerana tidak dapat menahan kesakitan racun ular itu, maka air mata Saidina Abu Bakar R.A bercucuran keluar dari matanya dan terjatuh pada wajah mulia Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W kemudiannya terjaga dan bangun. Dia melihat Abu Bakar R.A lalu bertanya "Mengapa kamu menangis wahai Abu Bakar?". Jawab Abu Bakar R.A "Wahai Rasulullah, ada sesuatu telah menggit kaki ku tadi dan aku dapat merasakan racun ia di seluruh tubuhku". Lalu Rasulullah S.A.W meminta Abu Bakar R.A menunjukkan kaki nya yang dipatuk ular tadi, dan Rasulullah S.A.W meletakkan sedikit air liur beliau yang sangat diberkati pada tapak kaki Abu Bakar R.A. Tidak lama kemudian, kesakitan pada badan Abu Bakar R.A beransur hilang dan dia menjadi kembali bertenaga. Kata Abu Bakar R.A "Wahai Rasulullah, kaki ku yang tadinya lemah, kini aku rasakan ianya sekuat besi". Inilah mukjizat yang Allah S.W.T berikan kepada Kekasihnya, Rasulullah S.A.W.

Adakah lagi manusia yang mampu mencintai Rasulullah S.A.W seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A? Mampukah kita? Sama-samalah kita mengambil pengajaran dari kisah ini. Cintailah Rasullullah S.A.W dengan sepenuh hati kita. Mampu tidak mampu itu kita tidak tahu. Yang Maha Mengetahui hanyalah Allah S.W.T. Semoga kita beroleh syafaat Rasulullah di Padang Mahsyar kelak. InsyaAllah. 




Tuesday, February 25, 2014

The Disease Of Nationalism


In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful

Are you proud being Malaysian? Are you proud being French? Are you proud being American? Are you proud being Pakistani? Are you proud being Bengali? Are you proud being Saudi Arabian? Are you proud being Indonesian? Are you proud being Indian? Or are you proud to be a Muslim? Proud to be a servant of Allah S.W.T. Proud to be a part of Deen ul-Islam. 

Divide and rule is the devil's tool. India was divided..and they still fight today, Kashmir is still struggling. Today in Bangladesh, they are fighting over that divide between Pakistan. Unrest in Iraq and Kurdistan. Our Muslims are dying in Syria, Egypt is crying! Our Burmese brothers and sisters can't go to their fellow Muslim country because they are not wanted! Our Afghani brothers and sisters are tired of war! Palestine is in turmoil..This is what man made borders does! SO SHOULD WE BE PROUD? Let's fear Allah! 


Nationalism is a disease recognize that! When we die, we ain't gonna be dying with no flag around us. It's just gonna be that simple white cloth. What did Prophet Muhammad (peace be upon him) said in his final sermon? NO ARAB IS BETTER THAN A NON-ARAB, NO NON-ARAB IS BETTER THAN AN ARAB! NO WHITE IS BETTER THAN A BLACK, NO BLACK IS BETTER THAN A WHITE! Racism is Haram! 

I love every Muslim in this world. I don't care where are you from. I don't greet you with a 'Hello', 'Hi', 'What's up'. We have the beautiful greeting from heaven, 'Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh', may the peace, mercy and blessings of Allah be on you my brothers and sisters. What a beautiful greeting and beautiful Dua. We are One Ummah! Islam is our culture, nationality and race. Being a Muslim should be our badge or flag of honor. ONE LOVE, ONE UNITY, ONE UMMAH! 


Sunday, February 23, 2014

Adakah Tuhan Itu Wujud?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Sebuah bola besar dengan radius 12.756 kilometer bergerak dengan cepat di angkasa dengan kelajuan hampir mencapai 68000 batu per jam. Bola ini dinamakan Bumi. Bumi ini dikelilingi oleh lima lapisan atmosfera yang terdiri dari gas hidrogen, oksigen dan gas Bumi. Pada saat yang sama, Bumi berputar pada paksi nya dengan kelajuan 1000 batu per jam. Saya tidak akan bercakap tentang betapa besarnya alam semesta atau galaksi-galaksi yang mengagumkan ini, yang mana ia membuatkan Bumi itu diibaratkan sebutir debu yang berada di kaki Gunung Everest jika ingin dibandingkan saiznya dengan keluasan alam semesta ini.


Saya sendiri telah banyak kali mendengar kata-kata dari para Atheis dari pelbagai sudut. Tetapi perkara yang paling tidak dapat diterima sampai sekarang adalah mengapa mereka tidak percaya adanya Tuhan? Katanya kerana mereka tidak dapat melihat-Nya. Saya tidak faham mengapa mereka berkata begitu. Saya tidak faham mengapa mereka berkata yang mereka tidak dapat melihat Tuhan kerana saya boleh melihat segala ciptaan Tuhan setiap masa disekeliling saya.


Kenapa air mempunyai komposisi yang sangat unik jika dibandingkan dengan cecair yang lain? Kenapa Bumi berputar pada kelajuan tertentu dan pada sudut yang tepat iaitu 23.5 darjah? Kenapa matahari berada sangat jauh dengan Bumi dan mempunyai suhu yang sangat tinggi? Kenapa atmosfera Bumi mempunyai komponen tertentu pada ukuran yang spesifik? Ketika anda merenung dan berfikir untuk cuba mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan ini, anda sepatutnya sudah menyedari bahawasanya Sang Pencipta sedang menunjukkan diri-Nya dengan jelas.

Bumi berputar pada paksinya dengan kelajuan 1000 batu per jam. Cuba bayangkan sekiranya kelajuan Bumi berputar turun kepada 200 batu per jam, maka perubahan siang dan malam akan menjadi 10 kali lebih lama. Suhu pada waktu siang yang lama dan melonjak naik mampu membakar badan kita sementara suhu pada waktu malam yang terus turun mampu menyebabkan badan kita beku. Manusia tidak akan dapat mengatur waktu tidur yang sangat panjang begitu juga bekerja di waktu siang pada waktu yang sangat lama. Semua ukuran masa yang sempurna ini diatur untuk kebaikan satu makhluk iaitu manusia, satu-satunya makhluk yang diciptakan akal untuk berfikir dan sedar akan hal ini.

APAKAH ADA SATU PESANAN DARI DIA YANG MENCIPTAKAN SEMUA INI? Kenapa air yang kita perlukan setiap hari mampu untuk menurun ketumpatannya ketika ia membeku dan mengapung? Bayangkan jika komposisi air ini sama dengan komposisi cecair yang lain, maka laut, sungai , tasik akan sepenuhnya membeku dan hal ini akan menyebabkan haiwan yang hidup di laut akan mati keseluruhannya. Tanpa matahari, kita tidak mampu untuk terus hidup di Bumi ini. Matahari berfungsi sebagai sumber cahaya dan agen pensteril. Suhu pada permukaan Matahari adalah setinggi 12000 darjah Fahrenheit. Dan jarak diantara Matahari dengan Bumi adalah lebih kurang 93000000 batu. Jika jarak ini berkurang, contohnya separuh jarak sebenar, maka Matahari akan berada dekat dengan Bumi, ini menyebabkan Bumi akan hangus kerana hutan akan terbakar. Begitu juga pada waktu Matahari sangat jauh dengan Bumi, maka Bumi akan membeku termasuk lah kita.


Jika kita menyedari akan hal ini, kita seharusnya tahu bahawa Sang Pencipta itu sebenarnya Maha Penyayang kerana telah mengatur semua ukuran-ukuran yang sempurna ini dalam sistem yang sesuai dengan kita dalam cara yang spesifik untuk membuat kehidupan kita lancar dan mudah. Bumi berputar pada sudut 23.5 darjah di atas paksi. Hal ini menyebabkan penggantian musim. Dalam tidak sedar, kita tidak tahu bahawa perkara ini sebenar membantu kesesuaian tanah untuk digunakan sebagai tempat untuk bercucuk tanam juga untuk membuat bangunan. Jika Bumi tidak berputar pada sudut yang tepat, musim akan tetap konstan pada setiap belahan Bumi dan kegelapan akan melanda kepada kedua-dua kutub Bumi. Hal ini menyebabkan wap dari laut akan bergerak ke utara dan selatan, maka akan terbentuk pergunungan bersalji di beberapa kawasan dan kawasan gurun pasir pada sebelah yang lainnya. Jadi untuk menghindari hal ini dari terjadi, Tuhan menjadikan Bumi itu berputar pada paksi pada ketepatan sudut 23.5 darjah.


Jika atmosfera mempunyai ketebalan yang berbeza atau komponen yang kurang, meteor yang kita lihat terang benderang di langit dan bergerak di angkasa dengan kelajuan 90 kali kelajuan peluru akan menembusi lapisan atmosfera dan suhunya mampu membakar segala yang ada pada Bumi. Hal yang menakjubkan ialah, atmosfera hanya mengizinkan sejumlah radiasi Matahari yang penting bagi pertumbuhan tanaman, mematikan kuman dan banyak lagi perkara-perkara yang lain. Jadi adakah alam semulajadi itu sendiri mampu untuk mengatur semua ukuran spesifik ini? Jika kewujudan ini tidak di bawah Sang Pencipta Yang Maha Agung, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Besar, jadi kenapa semuanya mempunyai keseimbangan yang sangat mengagumkan? Seakan-akan ianya membentuk menjadi satu simfoni kehidupan yang sangat indah dan sempurna. Simfoni ini diciptakan untuk kita.

Jawapannya cukup mudah. Dialah Yang Maha Bijaksana. Dialah Yang Maha Agung. Dialah yang Maha Besar. Dialah Yang Maha Penyayang. Dialah Yang Berdiri Dengan Sendirinya. Dialah Yang Maha Pengasih. Dialah Yang Menunjukkan Kebaikan. Dialah Yang Maha Suci. Satu-satunya Penguasa alam cakerawala ini. Pemilik Keagungan. DIALAH ALLAH S.W.T.

Tanyakanlah (Wahai Muhammad) : "Kepunyaan siapakah Bumi ini dan segala yang ada padanya, jika kamu mengetahui? Mereka akan menjawab : "Kepunyaan Allah". Katakanlah : "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?". 
Surah Al-Mukminun (84-85) 


Friday, February 21, 2014

The Angels Of Allah


In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful.

  1. Jibreel (Gabriel) - The Holy Spirit - The high-ranked angel who was assigned by Allah to deliver His revelation to all apostles and prophets.
  2. Mikael (Micheal) - The Angel Of Rain - One of the most distinguished angels. He is charged with providing rain and sustenance for all creatures. 
  3. Israfil (Raphael) - Another angel with very high status in Islam. He is charged with blowing the trumpet (horn) on the Day Of Judgement. 
  4. Malak-al-Maut - The Angel Of Death - He and his helpers are responsible for taking souls at their predestined times.
  5. Munkar and Nakeer - Questioners Of The Grave - After death, these two angels question souls in the grave about their faith and their deeds. 
  6. Malik - Keeper Of Hell - The Quran teaches 19 angels are assigned to guard the hell fire. Among them, Malik has the highest rank. 
  7. Ridwan - Keeper Of Paradise - Ridwan stands guard over Heaven. By Allah's permission, he and the other angels will welcome believers into paradise. 
  8. Kiraman Katibin - Honorable Recorders -  The two angels who record a person's good and bad deeds. These angels sit on a person's right and left shoulders respectively. If there is one type of deed dominates more than the other, then that type decides if one is sent to the Jannah (Heaven) or the Jahannam (Hell). 

Angels are mentioned more than 100 times in the Quran and numerous times in Hadith. Other Angels mentioned in Islamic teaching are:
  • Eight Angels who carry the Throne of Allah
  • Angels who blow souls into human fetuses 
  • Angels who descend to the earth and attend religious gatherings
  • Angels Harut and Marut who came to the people of Babylon
  • Angel whose sole purpose is to stand or prostrate to Allah in worship
  • Angel who govern the wind, thunder, lightning, seas, mountains, and other aspects of nature.
The angels are created from light, and are created for the purposed of worshiping Allah and carrying out His orders in the universe. The angels can have many wings, ranging from 2,3,4, up to 600. Our Prophet Muhammad (peace be upon him) saw Angel Jibreel in his natural state in the sky with 600 wings, and each one of his wings blocked the horizon. MasyaAllah. The angels belong to the "world of the unseen", (alam al-ghayb). They are the greatest of Allah's armies. 

"And to Allah belongs the armies of the heavens and the earth"
(Surah Al-Fath: 4) 

Belief in all of the angels is a fundamental part of faith in Islam, which includes belief in One God (Allah), the Angels, the Prophets, the revealed books, the Day Of Judgement, and Divine decree. 


Wednesday, February 19, 2014

Mus'ab Ibn Umair R.A, Duta Islam Pertama Yang Sangat Tampan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Sebut sahaja nama Mus'ab Ibn Umair, semua penduduk di Mekah kenal akan nya. Dia adalah bunga kepada kaum Quraisy sebelum dia memeluk Islam. Mus'ab Ibn Umair mempunyai segala-galanya dalam kehidupannya. Wajahnya yang sangat tampan, tubuhnya yang sentiasa dibaluti sutera yang berkualiti tinggi, bau haruman yang dipakainya mampu membuat para gadis-gadis di Kota Mekah jatuh hati kepadanya. Sehinggakan gadis-gadis di Mekah pada ketika itu sanggup beratur di tepi-tepi jalan menanti kehadiran Mus'ab Ibn Umair dengan niat untuk memikat nya. Mus'ab Ibn Umair dilahirkan dalam keluarga yang sangat kaya dan dia sangat dimanjakan oleh keluarganya.

Jadi apa yang berlaku kepada pemuda yang sangat tampan, segak, karisma ini ialah, ditakdirkan suatu hari dia bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Mus'ab Ibn Umair mendengar ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. Maka pada pertemuan itulah telah memperkenalkan Mus'ab Ibn Umair dengan dunia Islam. Dia memeluk Islam kerana cinta kepada ajaran Islam. Dia cintakan Rasulullah S.A.W. Selepas memeluk Islam, hidup Mus'ab Ibn Umair berubah sepenuhnya. Hidupnya yang dulunya sangat dimanjakan oleh ibunya, selepas memeluk Islam dia dibuang oleh keluarganya. Hidupnya yang dulu sangat kaya raya, selepas memeluk Islam dia menjadi fakir miskin.

Suatu hari Rasulullah S.A.W duduk bersama para sahabat di dalam masjid. Lalu Rasulullah S.A.W ternampak Mus'ab Ibn Umair masuk ke dalam masjid. Rasulullah S.A.W menangis. Rasulullah S.A.W menangis melihat akan Mus'ab Ibn Umair yang berpakaian serba kekurangan. Pakaiannya sangat buruk dan lusuh malah terdapat tampalan-tampalan kulit binatang yang digunakan untuk menutup tempat yang koyak. Rasulullah S.A.W berkata "Subhanallah. Beberapa tahun yang lepas, aku melihat anak muda ini, dialah yang paling tampan, dialah yang paling segak berpakaian, dialah anak muda yang paling mewah". Dan pengakhirannya Mus'ab mendermakan segala kemewahan yang ada pada dirinya untuk Islam.

Satu kelebihan yang ada pada Mus'ab Ibn Umair ini adalah kebijaksanaan dia dalam berdakwah. Lembut tutur kata nya, bernas isi-isi yang disampaikan nya, mudah untuk di fahami oleh orang bukan Islam. Dialah Duta Islam Yang Pertama. Satu-satunya pemuda yang disuruh oleh Rasulullah S.A.W untuk berdakwah ke Madinah. Dan apabila Rasulullah S.A.W tiba dari Mekah Ke Madinah, seramai 8000 orang Islam (yang baru memeluk Islam) menyambut kedatangan Rasulullah S.A.W dengan menyanyikan 'Tala'al Badru 'Alaina Minsa Ni Ya Til Wada'. 8000 SAUDARA BARU ISLAM! Dari mana datang nya mereka. Mereka lah orang-orang Madinah yang telah memeluk Islam hasil dakwah Mus'ab Ibn Umair. MasyaAllah.

Pada perang Uhud, Mus'ab Ibn Umair R.A adalah pemegang bendera Islam. Sambil memegang bendera, dia berperang memerangi kaum musyrikin. Mempertahankan umat Islam, mempertahankan Rasulullah S.A.W dari dicederakan musuh-musuh. Mus'ab tidak terlepas dari terkena tikaman dan hunusan pedang musuh-musuh Islam. Ada riwayat yang mengatakan, terdapat 70 kesan tikaman pada badan Mus'ab Ibn Umair. Mus'ab mengangkat panji Islam dengan tangan kanan nya, tetapi tangan kanan nya dicantas dengan pedang oleh musuh. Lalu diangkat pula panji itu dengan tangan kirinya, dan tangan kirinya pula diputuskan oleh musuh. Jadi apa yang dilakukan oleh Mus'ab Ibn Umair, dia mendakap panji Islam itu kedada menggunakan lengan yang masih ada, dan selepas itu dia gugur sebagai syahid selepas tikaman pedang musuh yang bertubi-tubi.


Mus'ab Ibn Umair mati dalam kedaan yang sangat miskin. Para sahabat mencari diseluruh rumah Mus'ab Ibn Umair jikalau ada kain untuk digunakan untuk digunakan sebagai kain kafan. Yang ada dirumah kosong Mus'ab Ibn Umair hanyalah sehelai kain yang sangat sedikit . Digunakan kain itu untuk menutup jenazah nya tetapi tidak mencukupi. Jika ditutup kepalanya, maka akan ternampak kakinya. Jika ditutup kakinya, maka akan ternampak akan kepalanya. Rasulullah S.A.W berkata "Wahai Mus'ab Ibn Umair, kami tidak menemui apa-apa untuk menutup badanmu. Kamu mendermakan seluruh hartamu ke jalan Allah. Disyurga tempat kita bertemu". Abdurrahman Ibn Auf R.A, salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang kaya, suatu ketika menangis ketika sedang untuk menyuap makanan ke mulut. Lalu ditanya oleh hambanya "Kenapa tuan menangis?". Lalu jawab Abdurrahman Ibn Auf "Aku teringat akan Mus'ab Ibn Umair. Telah mati Mus'ab Ibn Umair dan dia itu jauh lebih baik berbanding aku. Tetapi hari ini aku makan dalam keadaan yang mewah". Semoga kita beroleh pengajaran dari kisah sahabat Rasulullah yang sangat mulia ini. InsyaAllah.


Monday, February 17, 2014

Motivasi Bagi Mereka Yang Depresi


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Allah S.W.T. menciptakan kehidupan sebagai ujian, tidak akan ada seorang manusia pun yang tidak akan diuji oleh-Nya. Sekarang, yang sering terjadi kepada kita adalah, kita sering membanding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain, dan kita fikir mereka tidak diuji. Kita mungkin akan berkata "Wow, kehidupan aku sangat susah. Tapi dia mampu menjana pendapatan RM50000 sebulan, dia bebas masalah,  dia tidak diuji".

Inilah sifat manusia. Saya mempunyai cukup banyak pengalaman dengan orang-orang seperti ini. Malah saya juga pernah melaluinya. Mereka datang kepada saya dan bercerita tentang masalah mereka. Tetapi realitinya, orang kaya raya sekalipun mempunya masalah mereka sendiri begitu juga orang-orang yang miskin. Persoalannya, adakah mereka menghadapi masalah yang sama? Semestinya tidak! Tetapi biasanya, orang-orang miskin akan berfikir "Bagaimana orang-orang kaya akan menghadapi masalah sedangkan mereka mempunyai harta yang banyak?". Hakikatnya, masalah yang dihadapi oleh orang-orang yang kaya itu sama banyaknya dengan masalah yang dihadapi oleh orang-orang miskin. Inilah konsep keadilan yang ada pada Allah S.W.T. Tidak semestinya anda yang mempunyai harta yang banyak, atau mempunyai sahabat yang ramai, bermaksud akan akan terlepas dari masalah.

Jadi Allah S.W.T menciptakan pelbagai jenis ujian yang berbeza-beza sesuai dengan tahap kesenangan yang diberikan kepada setiap hamba-hamba-Nya. Adalah bodoh saya katakan jika pada pemikiran kita, dengan melihat kesenangan pada kehidupan orang lain dan kita berkata "Jika aku mempunyai sesuatu seperti nya, aku akan melakukan itu dan ini". Itu tidak masuk akal. Ini kerana, jika anda mempunyai sesuatu seperti orang yang tadi, Allah S.W.T akan memberikan ujian yang lain kepada anda. Tidak sama ujiannya seperti orang yang mempunyai sesuatu tadi. Dan anda mungkin gagal dalam ujian Allah S.W.T. MasyaAllah.

Allah S.W.T memberikan kepada kita apa sahaja yang Dia mahu. Kita akan ditanyakan oleh Allah S.W.T ke jalan manakah telah kita habiskan harta yang telah Dia berikan. Jika Dia berikan kita kesihatan, kita akan ditanya, bagaimana kita gunakan kesihatan itu? Untuk dekatkan diri kepada-Nya kah? Adakah untuk melakukan ibadah? Atau adakah digunakan nikmat kesihatan itu untuk melakukan maksiat? Tetapi jika kita ini sentiasa sakit, Allah S.W.T menarik nikmat kesihatan itu daripada kita, maka kita tidak akan ditanyakan tentang itu. Mudahkan? Contoh lain, Allah S.W.T memberikan kita nikmat kekayaan, harta, duit yang banyak, jadi soalan yang akan ditanyakan oleh Allah S.W.T, bagaimana cara kita mendapatkan kekayaan itu? Dengan cara halalkah? Kemana pula kita belanjakan harta itu? Bayar zakat atau tidak dengan menggunakan harta itu? Tetapi jika Allah S.W.T tidak memberikan kita harta kekayaan, kita ini golongan yang fakir miskin, maka Allah S.W.T tidak akan bertanya mengapa anda tidak mempunyai harta kekayaan.

Begitulah pertanyaan Allah S.W.T kepada kita di Hari Penghakiman nanti. Semuanya jelas. Jadi tidak perlulah kita melihat kesenangan pada kehidupan orang lain, dan kita bertanya pula kepada diri sendiri mengapa Allah S.W.T tidak menjadikan kehidupan kita senang seperti kehidupan orang lain. Kita seharusnya berasa syukur dan selesa dengan kehidupan yang telah Allah S.W.T berikan kepada kita andai kita adalah golongan orang yang susah dan miskin kerana kekayaan juga adalah ujian dari Allah S.W.T. Itu adalah pasti. Kesalahan yang terbesar yang akan kita lakukan dalam kehidupan kita adalah kita mengeluh dengan nikmat yang kecil atau sedikit (bagi kita) yang telah Allah S.W.T berikan kepada kita. "Mengapa aku tidak senang seperti dia?", "Mengapa Allah jadikan aku miskin tetapi dia kaya?", "Mengapa anak aku tidak secantik, atau tidak secerdik anak dia", inilah contoh-contoh soalan yang selalu kita persoalkan yang mana ini tidak sedikit pun tidak memberi manafaat kepada kita malah menambah kemurkaan Allah S.W.T kepada kita kerana tidak bersyukur. Ini bererti kita gagal dalam ujian-Nya.

Rasulullah S.A.W sendiri sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T meminta penjagaan dari lidah yang sentiasa mengeluh. Orang-orang yang sentiasa mengeluh, mereka lah orang-orang yang tertipu, kerana mereka mulai menyalahkan dunia kerana keadaan mereka. Kita tidak menyedari bahawasanya Allah S.W.T memberikan kesusahan ini kepada kita supaya kita mengambil kesempatan, mengambil peluang untuk mengubah perkara-perkara yang biasa menjadi sesuatu yang istimewa disisi Allah S.W.T. Sama-sama lah kita fikirkan. InsyaAllah.


Saturday, February 15, 2014

Advice To Muslim Women By Malcolm X


In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful. Everyone knows Malcolm X, an African-American minister and human rights activist. He is one of the greatest and most influential African-American in history. And these are the advises from him to all Muslim women all over the world.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Once your work is finished,  don't watch the television. Once your work is finished, find something constructive to add to your mind. Have an hour for reading. I don't mean read comic books. Read something that will make you know what's happening. So when you get into a conversation, you can sound intelligent, even if you aren't! DO YOU HEAR ME WHAT I'M SAYING? What kind of man want a wife today who can't hold a conversation? No, don't a man wanna sit up and talk to you about babies or about 'Johnny needs some shoes', your husband don't wanna even hear that! One of the reasons you have trouble in your house is you can't carry an intelligent adult conversation. When your husband was there, you talk trash! That's all you talk, TRASH! He's a Muslim. He wanna talk about Ya'qub (prophet), He wanna talk about the sun, moon and stars. He wanna talk about Prophet Adam, even if he don't know what's he's talking about, that's what he wanna talk about!


I'm telling you this so you won't lose your husband. Now you can't hold no man now like you used to...talking some trash about sister so-and-so! I mean i'm telling ya that will drive a man crazy. So get a book and read! And then when he comes in the house, start talking about something that's going to nourish his mind and nourish your mind. Read your lessons and talk about the lessons.

See, you've been so far away from this that is your husband sits and reads or studies , he could be reading beside you studying something serious, you think he's ignoring you! But if he put down his book, and both of you sit and watch t.v together, that's makes you happy doesn't it? Why don't you think that he can read with you as easily as watch the television with you? I'm gonna tell you why! You don't know enough about what he's reading. You don't know enough about what he's interested in . So that when he's doing what he's interested in, you feel left out! But the television is your level. Please forgive me for saying this. But no, the television is your level! YOU GOT A 'TELEVISION' BRAIN! A 'TELEVISION' VOCABULARY! AND YOU LIVE IN A 'TELEVISION' WORLD! Now, as long as your man is spending time with you on your level, you are happy!

But when he tries to get you into a world that's base on intellect, that's base on intelligence, that's base on nourishing that brain, you feel left out. And you are left out! I don't make you angry for saying this do i? But this is good for you because when you understand that, you know how to get in, and if you got in, you know how to keep in. But if you don't understand then i guarantee that you won't keep what you got and you won't get what you got your eyes on! DO YOU UNDERSTAND THAT?

------------------------------------- M A L C O L M  X -------------------------------------


Friday, February 14, 2014

Kisah Cinta Yang Sangat Mengharukan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Ini adalah sebuah kisah yang benar-benar berlaku kepada seorang pemuda yang bekerja di Emiriah Arab Bersatu. Pada asalnya pemuda ini adalah seorang yang miskin tetapi berkat doa ayahnya yang soleh dan taat pada perintah Allah S.W.T, juga usaha keras pemuda tadi yang bekerja di negara orang, nasib mereka berubah menjadi orang yang senang. Selama 4 tahun pemuda ini bekerja di negara orang dengan niat untuk mengumpul kekayaan dan dengan niat untuk berkahwin.

Jadi setelah cukup segala kekayaan yang dikumpulkan, maka pemuda ini berkata kepada ayahnya yang dia ingin berkahwin dan dia ingin ayahnya supaya mencarikan jodoh kepadanya, dan menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengannya. Dan pesan pemuda itu lagi kepada ayahnya, dia tidak ingin melihat wajah pengantin perempuan sehinggalah tiba hari pernikahan. Betapa percayanya seorang pemuda kepada ayahnya. Nabi Muhammad bersabda "Seorang wanita dinikahi atas 4 perkara : Kekayaan, Kecantikan, Garis Keturunan, dan Agama nya. Adalah lebih baik memilih agamanya". Lalu ayahnya memilih seorang gadis yang solehah untuk anak nya, iaitu pemuda tersebut. Tetapi gadis ini tidak cantik.

Tibalah pada hari pernikahan, maka pemuda tadi yang sudah tidak sabar melihat isterinya, dibawanya isterinya ke dalam bilik. Lalu pemuda itu membuka tabir wajah yang dipakai oleh si isteri. Maka terkejutlah pemuda tadi kerana melihat wajah isterinya itu tidak cantik, tidak seperti yang dia harapkan. "Inikah isteri yang ayah pilih untukku? Dia tidak cantik!" katanya dalam hati. Dia menjadi sangat tertekan. Bertahun-tahun dia bekerja, mencari wang untuk berkahwin, menunggu saat ini, tapi semuanya bagaikan hancur. Disebabkan sangat tertekan, maka pemuda itu tertidur.

Setibanya sepertiga malam, si isteri yang solehah ini yang faham akan reaksi suaminya itu, cuba untuk mengejutkan suaminya dari tidur, tetapi suaminya menolak. Dicubanya lagi tetapi ditolak. Kemudian si isteri memercikkan air ke muka suaminya untuk membangunkan suaminya itu. Jadi dengan berat hati, suaminya pun bangun lah, lalu si isteri pun berkata "Aku tahu betapa kecewanya dirimu padaku, aku tahu aku ini tidak cantik. Tapi apakah kau tahu yang aku ingin berkahwin denganmu hanya untuk satu sebab ini. Aku ingin menerapkan hadis dari Nabi Muhammad S.A.W yang mana beliau bersabda 'Semoga Allah merahmati seorang suami yang terbangun untuk solat malam, lalu dia mengejutkan isterinya (untuk solat bersama), dan jika isterinya tidak bangun, dia akan memercikkan air ke wajah isterinya agar dia bangun". Dan inilah yang ingin diterapkan oleh si isteri solehah ini. MasyaAllah.

Seorang isteri, dan semoga Allah merahmati wanita, Allah S.W.T memberikan rahmat-Nya kepada wanita yang bangun di malam hari untuk solat Tahajjud. Dan si isteri akan membangunkan si suami untuk solat bersama, dan jika si suami tidak bangun, maka si isteri memercikkan air ke muka si suami untuk membangunkannya. "Demi Allah, aku sangat berterima kasih kepadamu kerana sudi menjadi suamiku, kerana aku sangat ingin menerapkan hadis ini, dan aku sebenarnya agak berputus asa kerana aku fikir tidak akan ada pemuda yang sudi mengahwiniku kerana aku tidak cantik. Jadi sudikah kau bangun dan menjadi imam solat Tahajjud ini untukku? Sudikah kau memenuhi hajatku ini?" kata si isteri.

Lalu si suami tadi pun bangun dan mengimamkan solat Tahajjud untuk si isteri. Saudara-saudariku, demi Allah pemuda ini bersumpah, bahawa pada saat dia selesai solat Tahajjud bersama isterinya, pada ketika dia memandang wajah isterinya, dia sangat terkejut dan katanya "Aku melihat wajah isteriku seolah-olah aku merasakan dialah wanita yang paling cantik yang pernah aku lihat di dunia ini!". Subhanallah. Inilah kehebatan solat malam wahai saudara-saudari sekalian. Inilah kehebatan Allah S.W.T. Jangan lah kita tertipu dengan filem-filem yang kita biasa tonton di televisyen. Semua nya sempurna di mata kita walhal kita ditipu oleh para pelakon dunia. Malahan ada sesetengah nya menjadikan para pelakon yang cantik, para pelakon yang kacak itu sebagai idola mereka. Tergila-gilakan mereka. Walhal mereka sudah mempunyai suami atau isteri masing-masing.

Cinta itu sampai ke hati kerana Allah S.W.T. Allah S.W.T mampu untuk membuatkan kita mencintai suami atau isteri masing-masing tetapi yang pertama sekali kita harus mencintai Allah S.W.T. Imamkan isteri anda pada setiap kali solat atau jadikan suami anda imam untuk solat malam anda. Kisah cinta yang saya ceritakan kepada anda sekalian tadi bukanlah yang direka-reka. Keluarga pasangan ini sedang menetap di Mesir dan semua anak cucu mereka adalah ahli hafiz iaitu penghafal Al-Quran. Dan ada antara anak-anak mereka yang menjadi ulama' di Mesir. Inilah cinta yang dirahmati Allah S.W.T. Jika kita mencintai pasangan kita kerana Allah, dan masing-masing taat dalam menjalani perintah Allah, maka Allah akan merahmati perhubungan kita suami isteri malah menjadi pasangan yang disucikan si syurga kelak. InsyaAllah. KATAKAN 'TIDAK' PADA HARI VALENTINE (^_-).



Thursday, February 13, 2014

10 Minit Sebelum Subuh


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Salah satu perkara yang menarik tentang waktu malam ialah ia merupakan waktu yang sangat istimewa bagi orang Islam mahupun bukan Islam. Para psikologi sering mengatakan yang waktu malam adalah waktu spiritual. Ini kerana pada waktu malam, manusia lebih terbuka untuk berkongsi, malah emosi dan perasaan manusia lebih peka pada waktu malam. Dan kerana inilah , kita biasanya melihat manusia berdating dan bersosial pada waktu malam.

Tetapi bagi orang Islam yang beriman, mereka mengambil kesempatan dan keistimewaan pada waktu malam ini dari sudut yang lain. Ketika orang-orang sibuk melakukan hal-hal dunia masing-masing, orang-orang yang beriman ini, mereka memanfaatkan malam yang penuh emosi ini untuk mempersembahkan diri mereka kepada Sang Pencipta. Dan salah satu hal yang sering dibicarakan oleh para ulama' adalah waktu malam merupakan testimoni dari cinta seseorang. Jadi, apapun yang dicintai seseorang, mereka akan menghabiskan waktu malam itu untuk hal yang dicintainya. Sebagai contohnya, mereka yang mencintai kehidupan yang jahil, mereka akan menghabiskan waktu malam mereka untuk pergi ke kelab malam, berparti dan sebagainya dan mereka akan memaksimumkan sebaik mungkin malam mereka untuk perkara-perkara seperti itu.

Akan tetapi, bagi seseorang yang mencintai Allah S.W.T, mencintai Rasul dan alam akhirat, maka mereka akan menghabiskan waktu malam mereka untuk hal-hal akhirat, untuk Allah Azza wa Jalla, sebagaimana yang Allah S.W.T berfirman "Mereka yang beriman, mereka lebih kuat dalam cinta mereka untuk Allah Azza wa Jalla". Jadi ini bukanlah rahsia, dan tidak menjadi kejutan pada umat zaman sekarang yang mengabaikan perkara-perkara yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. Kita semua gagal dalam melaksanakannya. Dan saya sebenarnya benci untuk berfikir negatif tentang perkara ini tetapi inilah realitinya yang berlaku pada zaman sekarang. Niat saya bukanlah untuk menambahkan rasa tekanan apatah lagi mematahkan semangat pemuda-pemudi Islam supaya berfikir yang kita sudah tiada harapan. Yang sebenarnya adalah satu persoalan, bagaimana caranya kita ingin keluar dari situasi ini. Bagaimana kita ingin mencontohi malah mengamalkan cara hidup para sahabat Rasulullah S.A.W.

Ibnu Abbas R.A berkata "Aku tidak melihat suatu pun dari para sahabat melainkan mereka mengambil sesuatu dari waktu malam". Ertinya mereka melakukan Qiyamullail iaitu solat malam. Seringkali kita mendangar keluhan dari pemuda-pemudi Islam pada zaman sekarang adalah mereka mengatakan iman mereka tidaklah setebal iman para sahabat, ada juga yang mengatakan iman mereka mulai pudar. Perkara seperti ini sering terjadi kepada para pemuda-pemudi yang  mula menjinakkan diri untuk mendalami Islam, tetapi lama kelamaan semangat untuk mendalami atau semangat untuk beribadah itu menjadi pudar. Perkara ini juga tidak lari dari para muallaf yang pada mulanya mengecap nikmat hidayah, mengecap nikmat beribadat, tetapi lama kelamaan mereka mula tidak merasai nikmat itu lagi. Tapi pada masa yang sama, mereka inginkan nikmat Islam ini kembali.

Hanya ini soalan yang mampu ditanya untuk mereka-mereka seperti ini "Bagaimana hubungan anda dengan Allah S.W.T? Bagaimana dengan Qiyamullail anda? Bila kali terakhir anda bangun pada waktu malam untuk menyembah Allah S.W.T?". Jadi jawapan mereka mudah, mereka tidak sama sekali melakukan solat malam, mereka hanya mengerjakan solat yang wajib iaitu solat lima waktu. Mereka sudah cukup bahagia jika melakukan solat lima waktu itu. Soalnya, jika kita memutuskan hubungan kita pada waktu malam untuk menyembah Allah S.W.T, bagaimana kita akan dapat menjadi muslimin atau muslimat yang lebih baik? Kita tidak boleh mengharapkan yang iman kita tiba-tiba akan naik atau meningkat. Perkara ini tidak mungkin terjadi sama sekali. Kita harus mengambil langkah untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Satu nasihat mengenai Qiyamullail, jika kita benar-benar ingin melakukannya, sudah cukup baik jika kita mencubanya terlebih dahulu. Dan saya tidak bercakap tentang menghabiskan keseluruhan waktu malam itu untuk beribadah, saya bercakap tentang 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh. Cuba bangun 10 minit sebelum waktu Subuh dan sembahyang Tahajjud dua rakaat. Itu yang paling mudah. Rasulullah S.A.W bersabda bahawasanya Allah S.W.T turun ke langit yang paling rendah pada waktu terakhir sepertiga malam dan Dia bertanya "Siapa diantara hamba-hamba-Ku yang memohon keampunan  dari-ku sehingga Aku akan mengampunkannya? Siapa diantara hamba-hamba-Ku yang mencari kasih sayang-Ku sehingga Aku akan memberikannya kasih sayang? Siapa diantara hamba-hamba-Ku yang meminta kepada-Ku sehingga Aku mengabulkan permintaannya?". Dan sepertiga malam itu masih ada dalam 10 minit sebelum waktu Subuh. MasyaAllah.

Cubalah wahai saudara-saudariku sekalian akan keajaiban solat malam ini. Pada waktu solat malam inilah, kita akan merasakan diri kita sangat sensitif. Hati kita akan merasa sangat tenang dan damai tidak seperti sebelumnya. Kita akan merasakan diri kita sangat kerdil. Kita merasakan diri kita sangat berdosa. Pada waktu inilah waktu yang paling mudah untuk kita mengaku akan segala kesalahan kita pada Allah Azza wa Jalla. Kerana pada waktu ini, di atas sejadah, anda dapat merasakan yang Allah S.W.T berada sangat dengan anda. Berdoa pada waktu inilah akan menyebabkan kita mudah untuk bercucuran air mata. Dan ketahuilah bahawasanya air mata itu adalah sangat mulia pada pandangan Allah S.W.T. Semoga Qiyamullail ini akan menjadi amalan kita semua. InsyaAllah.




Wednesday, February 12, 2014

Besarnya Cinta Thawban R.A Kepada Rasulullah S.A.W


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Ada seorang hamba, iaitu seorang budak yang bernama Thawban R.A, yang mana dia telah dibebaskan oleh Rasulullah S.A.W dari menjadi hamba. Thawban sangat gembira kerana Rasulullah S.W.T membebaskan nya yang mana setiap kali dia memandang Rasulullah S.A.W, ia akan membuatkan hari-hari Thawban sangat bermakna dan sangat ceria. Thawban R.A akan cuba untuk memandang Rasulullah S.A.W beberapa kali dalam sehari. Hanya dengan melihat wajah Rasulullah S.A.W, keimanan Thawban R.A akan bertambah, segala masalah dan kesulitan yang dihadapi nya akan hilang dengan mudah. MasyaAllah. Betapa besarnya cinta Thawban R.A kepada Rasulullah S.A.W.

Pada suatu hari, ketika Thawban R.A bertemu Rasulullah S.A.W untuk kali pertama pada hari itu, Rasulullah S.A.W terperasan akan wajah Thawban R.A yang nampak kemerah-merahan dan kelihatan sangat sedih. Lalu Rasulullah S.A.W bertanya "Wahai Thawban, kenapa dengan kamu? Hari ini kamu kelihatan sangat murung dan begitu sedih?". Thawban RA. berkata "Wahai Rasulullah S.A.W, tidakkah kamu tahu bahawasanya aku sangat mencintai kamu? Aku perlu untuk melihatmu setiap hari. Kamu tidak tahu akan perasaanku. Aku perlu melihatmu setiap hari kerana setiap kali aku melihatmu, aku akan menjadi senang dan ceria. Ya Rasulullah, aku sangat gembira kerana dapat melihatmu sekarang, tetapi bila aku tidak melihatmu, aku akan memikirkan tentang kematian dan akhirat. Dan aku berfikir, apabila kamu di ambil oleh Allah S.W.T ke akhirat nanti, kamu akan berada di syurga yang paling tinggi malah tempat yang paling tinggi disisi Allah, berada disisi para anbiyya, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh. Sedangkan aku tidak akan dapat melihatmu lagi, kerana jika aku masuk syurga sekalipun, aku akan berada di tingkat syurga yang bawah. Jadi apa yang akan terjadi padaku? Bahkan aku juga mungkin tidak dapat masuk syurga. Dan jika ini yang terjadi, maka aku tidak akan dapat melihatmu lagi!".

Demi Allah, bertepatan dengan saat Thawban R.A mengucapkan kata-kata itu kepada Rasulullah S.AW, lalu malaikat Jibrail A.S turun dengan membawa wahyu dari Allah S.W.T yang berbunyi :
"Barangsiapa yang mengikut Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W, maka dia akan menjadi sahabat Rasulullah S.A.W di dalam syurga. Dan mereka diberikan sahabat berupa nabi-nabi, orang-orang yang saleh dan orang-orang yang mati syahid". 
(An Nisa : 69)

Subhanallah. Ketika Thawban R.A mendengar ayat ini, hilang segala keresahan di dalam hatinya. Dia tersenyum kembali. Dan dia seringkali memberitahu orang ramai "Apakah kamu tahu bahawasanya ayat ini diwahyukan kerana diriku? Apakah kau tahu betapa cintanya aku kepada Rasulullah S.A.W dan ketika aku risau jika aku tidak dapat melihat beliau lagi, Jibrail A.S. turun dengan membawa wahyu ini dan mengingatkan aku supaya jangan risau, jika aku ingin sentiasa bersama Rasulullah S.A.W, jika aku ingin menjadi sahabat Rasulullah S.A.W di akhirat nanti, yang harus kita lakukan hanyalah menurut segala perintah Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan-Nya. Maka kita akan menggapai darjat itu. Semoga Allah memberikan kita semua darjat itu".

Lihatlah saudara-saudari sekalian, betapa besarnya cinta Thawban R.A kepada Rasulullah .S.AW sehinggakan Allah S.W.T menurunkan wahyu untuk memperingati orang-orang beriman, yakni orang yang sangat cintakan Allah dan Rasul, supaya tidak perlu bimbang. Kerana selagi mana mereka menuruti segala perintah Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan-Nya, tempat mereka pasti disisi para Nabi, orang-orang yang soleh dan orang-orang yang mati syahid di syurga kelak. Sama-sama lah kita meningkatkan tahap kecintaan kita kepada Allah dan Rasul kesayangan kita. Sentiasa lah berusaha supaya kita dapat menjadi sahabat Rasulullah S.A.W di syurga nanti. InsyaAllah.


Tuesday, February 11, 2014

Berkenalan Dengan Munkar Dan Nakir



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selepas nyawa kita ditarik oleh Malaikat Maut, sejurus sahaja mayat kita diletakkan di dalam kubur, lalu kubur akan memeluk kita. Pelukan itu boleh jadi satu pelukan selamat datang yang sangat menyenangkan atau boleh jadi sebuah pelukan yang sangat kasar sehingga boleh menghancurkan tulang-temulang kita. Kubur akan memeluk kita. Kubur adalah gelap. Tersangat lah gelap. 

Pada saat itu, muncul lah dua malaikat yang paling buruk diciptakan oleh Allah S.W.T yang diberi nama Munkar dan Nakir akan mendatangi kita. Kedua-dua malaikat ini akan menyuruh kita untuk duduk. Ketika mereka menyuruh kita duduk, demi Allah wahai saudara-saudari sekalian, mari kita sama-sama bayangkan, betapa takutnya kita, betapa kuatnya jantung akan berdegup, kita menghadap dua makhluk Allah yang diciptakan untuk menyeksa kita di alam kubur. Allah S.W.T menciptakan dua malaikat ini dalam keadaan yang sangat menakutkan, yang mana kita tidak pernah dan tidak dapat bayangkan dengan fikiran kita. Lalu bertanya lah Munkar dan Nakir kepada kita dengan suaranya yang kuat seperti petir yang menyambar dan mata mereka yang merah garang seperti halilintar "SIAPA TUHANMU? KEPADA SIAPA KAMU TUNDUK?" Orang mukmin akan menjawab "Tuhanku adalah Allah". Mereka bertanya lagi "APA JALAN HIDUPMU?" Orang mukmin akan menjawab "Jalan hidupku adalah Islam iaitu tunduk kepada Allah". Bertanya lagi Munkar dan Nakir "SIAPA UTUSAN YANG DIUTUSKAN KEPADAMU? Orang mukmin menjawab "Dialah Muhammad S.A.W". Lalu mereka berkata "Kamu benar". Kemudian mereka akan memerintahkan kubur supaya menjadi luas, dan kemudiannya kubur akan berubah menjadi taman syurga dan kita akan merasa sejuk dan selesa. 

Tapi sebaliknya, mereka akan menundukkan kita dan bertanya kepada kita soalan yang sama tetapi kita tidak dapat menjawab. Kita akan berkata "Aku tidak tahu". Kesemua pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir tadi, jika kita ini seorang yang ingkar, nauzubillah, akan kita akhiri dengan "Aku tidak tahu!". Lalu dua malaikat itu akan berkata "KAMU BERBOHONG!" dan diperintahkan kubur supaya terus menghimpit kita dan kubur menjadi sempit menjadi gelap sehingga tulang-temulang kita patah riuk dan remuk. Dan mereka akan memerintahkan kubur supaya menjadi lubang neraka supaya kubur kita dipenuhi dengan api sehingga hari kiamat. MasyaAllah. Semoga kita beroleh iktibar dan pengajaran. InsyaAllah. 


Ingat Akan Kubur


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Hani', seorang budak suruhan Saidina Uthman R.A meriwayatkan "Jika Uthman R.A duduk disisi kubur, dia akan menangis sehingga janggutnya basah". Hani' berkata kepada Saidina Uthman R.A "Ketika engkau mengingati syurga dan neraka, engkau tidak menangis. Tapi jika engkau ingat akan kubur, engkau akan menangis". Lalu Saidina Uthman R.A berkata "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda 'Sesungguhnya kubur adalah tempat perhentian pertama di alam akhirat. Jika dia diselamatkan di kubur, maka apa yang akan dia tempuhi selepas itu akan menjadi mudah. Dan jika dia tidak diselamatkan di alam kubur, maka apa yang akan ditempuhi nya selepas itu akan menjadi susah".

Wahai saudara-saudari se-Islam ku sekalian, sesungguhnya bagi hamba-hamba Allah S.W.T yang beriman, ketika dia melihat di dalam kuburnya, apa yang telah Allah S.W.T persiapkan kepadanya adalah kesenangan, maka dia akan berkata "Ya Allah, percepatkanlah hari kkiamat. Supaya aku dapat kembali kepada kekayaan dan keluargaku". Tetapi bagi hamba-hamba nya yang ingkar, setelah melihat apa yang telah Allah S.W.T sediakan kepadanya di dalam kubur adalah berupa azab yang pedih, dia akan berkata kepada Allah dalam masa dia sedang diazab "Ya Allah, jangan datangkan kepadaku hari kiamat. Kerana apa yang akan datang selepas ini adalah lebih pedih dan mengazabkan".

Saudara-saudari sekalian, sesungguhnya merenung akan keadaan di kubur dan mengunjungi nya, demi Allah, itu adalah salah satu manfaat yang terbesar bagi hamba-hamba Allah yang beriman. Malah kita akan mendapat manfaat nya di dunia dan di akhirat. Ia merupakan pelindung kepada diri kita untuk menghadapi dunia yang penuh dengan pelbagai dugaan yang berupa nafsu. Dan untuk ini, Rasulullah S.A.W bersabda "Aku telah melarang kalian dari menziarah kubur tetapi ziarahlah, kerana ia mengingatkan kamu tentang kematian", Riwayat Jabir R.A. Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati kita semua kerana masih terdapat ramai kaum Muslimin di sekeliling kita yang tidak suka akan mengingati kematian atau kubur kerana mereka tidak pernah sama sekali mempersiapkan diri mereka untuk menghadap Allah S.W.T. Masya Allah.




Monday, February 10, 2014

The Power Of Gratitude


In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful. Allah S.W.T speaks about two kinds of people in the Quran, He says that Allah S.W.T has guided you to the way of truth and shown you the way so you can differentiate between good and bad, between haqq (truth) and batil (falsehood), between imaan (faith) and kufr (disbelief), between tawheed and shirk, you can make that distinction.

The specific grateful is for the imaan (faith) and the Tawheed, that Allah S.W.T made you an Ummah of 'La ilaha ila Allah' and that you don't ascribe any partners with Him. And we see it in two ways like Ibn Qayyim R.H says that the general shukoor or grateful for the fact that Allah S.W.T has given you food. Just think, Allah S.W.T has given you food and drink, and that satisfies you and there are people in this world who don't have food. Let alone the big things that we are waiting for in our lives and the big things that we are expecting to happen to us and the big house that we are expect to build or to buy.

Leave all of this, other people don't have food, they don't have rice, they don't have bread, they don't have water, and Allah S.W.T requires from you to acknowledge that, and think about that. And Ibn Qayyim R.H says there are two kinds of thankful people even within the frame of thankfulness, the 'syakir' and the 'syakur'. The Syakir is the one who thanks Allah S.W.T for the things he sees in front of him, and the many blessings that come his way but the Syakur thanks Allah S.W.T for the things that don't come his way and for the things that are taken away from him. There are those you see and the Prophet Muhammad S.A.W spoke about this when he said "Indeed all the affairs of the believer are strange. Everything that Allah S.W.T decrees for him is good for him and if a blessing comes his way he thanks Allah S.W.T and that's good for him and if a hardship comes his way he is patient and that's good for him. But then there is those who transcend even that, because even in the times of difficulty where people's recourse is to moan and complain, and to swear and to abuse and become abusive because they are angry. How could this thing happened to me?".


But the Syakur people is not like that. He would thank Allah S.W.T in hardship as much as he would thank Allah S.W.T in ease. He knows because everything is a blessing from Him. One of the promises of Allah S.W.T in the Quran, when Allah S.W.T declared "And your Lord calls to be declared, if you thank Allah, He will increase you, but if you are ungrateful then the punishment of Allah is severe". If Allah S.W.T give you a blessing at one point, did you remember Him and thank Him for that blessing?

We should remember that my dear brothers and sisters. And one of the ways to try and become more thankful and grateful people is to take this Hadith at heart, when the Prophet Muhammad, peace be upon him said "Look to those who have less than you, look to those who are lower than you, not to those who are higher than you or not to those who have more than you. Because if you always look to those who have more than you it will make you undermine the favor of Allah S.W.T upon you". MasyaAllah.


Mustafa Kemal Ataturk : Pemimpin Zalim Yang Dilaknat Allah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Mustafa Kemal Ataturk merupakan pengasas Republik Turki dan merupakan Perdana Menteri Turki yang pertama. Di dalam dunia Islam, dia terkenal kerana dia merupakan pemimpin yang zalim dalam melanggar hukum Allah S.W.T dan cuba untuk melaksanakan sistem sekular ke atas negara Turki. Mustafa Kemal Ataturk mati dalam keadaan yang sangat mengazabkan dan sesetengah mengatakan mayat nya tidak di terima bumi.

Antara azab yang oleh turunkan kepada Mustafa Kemal Ataturk ialah dia menghidap penyakit kulit yang sangat kronik dan menyebabkan dia sentiasa berasa gatal-gatal di seluruh badan. Selain itu dia ditimpakan penyakit sakit jantung dan darah tinggi. Satu lagi penyakit misteri yang Allah S.W.T timpakan pada pemimpin yang zalim ini ialah dia sentiasa berasa panas sepanjang masa, tidak pernah pun berasa sejuk sehinggakan dia mengarahkan pasukan bomba untuk menyiram rumah nya 24 jam. Pembantu-pembantu rumah juga diarahkan untuk meletakkan ketulan-ketulan ais di dalam selimut dengan harapan dapat menyejukkan badannya tapi tidak berhasil. Kepanasan itu menyebabkan Mustafa Kemal Ataturk meraung kesakitan sehinggakan kesemua orang yang berada dalam istana besar nya dapat mendengar suaranya. Dia juga telah dihantar ke tengah laut dengan menggunakan bot untuk menyejukkan badan, tetapi tetap tidak berhasil. MasyaAllah.

Pada 26 September 1938, Mustafa Kemal Ataturk pengsan selama 48 jam disebabkan kepanasan badan yang melampau dan selepas sedar dari pengsan dia hilang ingatan. Pada 9 November 1938, dia sekali lagi pengsan selama 36 jam dan akhirnya mati. Sewaktu dia mati, tidak ada seorang pun yang sanggup untuk memandi, mengkafan dan menguruskan mayat nya. Mayat nya diawet selama 9 hari 9 malam, dan akhirnya adik perempuan kepada Mustafa Kemal Ataturk datang untuk meminta para ulama' Turki untuk menguruskan mayat. Tidak cukup dengan itu, Allah S.W.T terus mengazab mayat ini ketika dalam proses untuk ditanam, di mana mayatnya tidak dapat dimasukkan ke dalam kubur seolah-olah bumi tidak dapat menerima kehadirannya. Setelah lama berusaha untuk menanam mayat Mustafa Kemal Ataturk ini dan tetap juga gagal, maka mayat yang dilaknat Allah S.W.T ini diawet semula selama 15 tahun dan disimpan di dalam muzium.

Selepas 15 tahun, kerajaan Turki mengeluarkan semula mayat Mustafa Kemal Ataturk untuk ditanam namun usaha mereka tetap gagal kerana ini adalah balasan Allah S.W.T pemimpin yang zalim. Akhirnya, mayatnya dibawa ke sebuah bukit dan mayat nya ditanam di dalam binaan marmar seberat 44 tan. Malah para ulama' Turki turut berkata "Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak dapat menerima Mustafa Kemal!".  
Apa yang telah Mustafa Kemal Ataturk lakukan sehingga mayat nya tidak di terima bumi?


  1.  Membolehkan perempuan memakai tudung tapi dengan syarat memakai skirt.
  2.  Membolehkan lelaki memakai seluar panjang tetapi dengan syarat memakai tali leher dan topi (mengikut kehendak barat). 
  3. Menyuruh lelaki dan wanita menari di khalayak ramai.
  4. Tegas nya negara tidak akan maju sekiranya rakyat tidak cenderung untuk memakai pakaian moden.
  5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  7. Menukar azan menggunakan bahasa Turki. Bahasa Turki itu sendiri diolah supaya dibuang unsur Arab dan Parsi.
  8. Mengambil arkitek-arkitek dari Barat dan hanya untuk mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di bandar-bandar Turki.
  9. Dia dengan terang-terangan menegaskan agama dan urusan dunia perlu dipisahkan untuk kemajuan negara.
  10. Agama Islam dibuang sebagai agama rasmi negara.
  11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
  12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.
  13. Menukarkan Masjid Ayasophia menjadi muzium, dan masjid yang lain menjadi gereja.
  14. Menutup masjid dan melarang umat Islam sembahyang secara berjemaah.
  15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan fakir miskin dan anak-anak yatim.
  16. Membatalkan undang-undang waris dan faraid.
  17. Menghapuskan penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  18. Menganggap dirinya Tuhan seperti Firaun laknatullah. 
Itulah pengakhiran bagi seorang pemerintah yang zalim. Allah S.W.T mengazab Mustafa Kemal Ataturk di dunia lagi malah mayat nya turut dihina dan dimalukan. Seperti mana dia menganggap dirinya Firaun, seperti itulah yang terjadi pada mayatnya. Di awet dan dipertontonkan kepada masyarakat umum supaya menjadi pengajaran. Ambillah kisah Mustafa Kemal Ataturk ini sebagai contoh untuk kita jadikan tauladan dan sentiasa ingat pada azab Allah S.W.T. InsyaAllah. 


Sunday, February 9, 2014

Solat Malaikat Jibrail A.S VS Solat Sunat 2 Rakaat Manusia


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Allah S.W.T menciptakan malaikat Jibrail A.S dengan bentuk yang sangat cantik. Dan Allah S.W.T menciptakan pula 600 pasang sayap yang sangat besar dan panjang dan sayapnya itu meliputi kawasan timur hingga ke barat. Setelah diciptakan, malaikat Jibrail A.S memandang dirinya lalu bertanya kepada Sang Pencipta "Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik ciptaan nya selain aku?". Lalu Allah S.W.T berfirman "Tidak". Kemudian malaikat Jibrail A.S berdiri dan melakukan solat sunat dua rakaat tanda syukur pada Allah S.W.T dan tiap-tiap rakaat itu adalah selama 20,000 tahun.

Setelah Jibrail A.S selesai bersolat, maka Allah S.W.T berfirman "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada makhluk pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadah kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling Aku cintai dan namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya umat mereka itu mengerjakan solat sunat dua rakaat walaupun hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lalai serta serba kekurangan, maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, solat mereka itu lebih Aku sukai dari solat mu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku dan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku".

Lalu malaikat Jibrail A.S bertanya kepada Allah S.W.T "Ya Tuhanku, apakah hadiah yang akan Engkau berikan kepada mereka sebagai balasan ibadat mereka?". Allah S.W.T menjawab "Ya Jibrail, aku akan berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal mereka". Kemudian Jibrail A.S meminta izin dari Allah S.W.T untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah mendapat keizinan dari Allah S.W.T, maka pergilah malaikat Jibrail A.S dengan mengembangkan sayapnya dan terbang. Setelah 300 tahun terbang, maka malaikat Jibrail A.S pun turun berehat di bawah sepohon pokok, kerana merasa letih dan lemah. Bertanya lah malaikat Jibrail A.S kepada Allah S.W.T "Wahai Tuhanku, apakah aku telah menempuh separuh perjalanan, atau sepertiga atau seperempat?". Firman Allah S.W.T "Wahai Jibrail, jika kamu dapat terbang selama 3000 tahun, dan meskipun aku dapat memberikan kamu kekuatan seperti yang kamu miliki sekarang, sesungguhnya kamu tidak akan sampai sepersepuluh pun jarak syurga Ma'waa yang aku berikan kepada umat Muhammad yang melakukan solat sunat dua rakaat". MasyaAllah.

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan 6 perkara dari pengetahuan manusia.


  1. Allah S.W.T menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  2. Allah S.W.T menyembunyikan murka-Nya dalam maksiat.
  3. Allah S.W.T menyembunyikan nama-Nya Yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  4. Allah S.W.T menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  5. Allah S.W.T menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat lima waktu.
  6. Allah S.W.T menyembunyikan tarikh terjadinya hari kiamat di dalam semua hari.






Saturday, February 8, 2014

Pengajaran Dari Tenggelamnya Kapal Titanic


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Ketika mereka membina Titanic, dan ingin memulakan pelayaran mereka dari Liverpool ke New York, salah seorang jurutera yang terlibat dalam pembinaan kapal Titanic itu telah ditemuramah oleh para wartawan. Dia ditanya "Apakah anda fikir kapal ini boleh tenggelam?" Jawab jurutera itu "Meskipun Tuhan ingin menenggelamkan nya, maka Dia tidak boleh". Betapa angkuh dan sombong jawapan dari seorang manusia.

Jadi dengan penuh keangkuhan itu, mereka pun belayar meredah lautan. Tibalah mereka di sekitar lautan Pasifik ketika itu waktu malam, dalam keadaan mereka sedang bersenang-lenang di dalam kapal mewah itu. Mereka adalah golongan-golongan manusia yang sangat kaya dan golongan bangsawan. Dan kemewahan yang terdapat pada kapal Titanic memang tidak dapat ditandingi. Jadi apa yang terjadi di malam yang sangat dingin dan berkabus itu, terdapat bentukan-bentukan iceberg di dalam lautan. Perkara ini tidak pelik malah para kelasi dan kapten kapal tahu sangat mengenai perkara ini.

Tetapi siapa yang memegang hati-hati mereka? Allah S.W.T! Jadi apabila kapal Titanic mula menongkah arus yang disertai oleh bentukan-bentukan iceberg tadi, kapten kapal berkata "Usah bimbang. Hanyalah ketulan-ketulan iceberg. Hey, ini Titanic!". Jadi pada fikirannya, kalau kapal itu menongkah lautan yang dipenuhi iceberg dengan perlahan-lahan maka tidak akan menjadi masalah. Kerana saiz dan kekuatan Titanic mampu memecahkan iceberg yang pada sangkaan nya hanya kecil. Allah S.W.T membuatkan mereka berfikir begitu. Para kelasi mula kerisauan dan berkata "Aku rasa seperti tidak kena, aku rasa tidak sedap hati". Tetapi kapten yang angkuh dan sombong tidak mempedulikan mereka kerana yakin dengan kapal itu.


Jadi apa yang berlaku selepas itu adalah, kapal Titanic ini melanggar sebuah iceberg yang berbentuk tajam, dan bahagian yang tajam itu sangat keras dan terus tertusuk menembusi besi keluli Titanic pada bahagian hadapan. Pada ketika itu barulah mereka tahu, mereka akan tenggelam. Mereka membina Titanic, sebuah kapal mewah yang sangat kuat malah mereka juga berteori bahawa kapal Titanic tidak mungkin hancur dan tidak mungkin tenggelam di lautan. Jadi pada bahagian yang ditusuk iceberg tadi, air laut mula masuk kedalam bahagian hadapan Titanic. Semakin bayak air yang masuk, kapal menjadi semakin berat, semakin berat. Dan akhirnya bahagian hadapan itu tenggelam ke dalam laut menyebabkan satu lagi bahagian terangkat tinggi ke atas. Hal ini menyebabkan kapal Titanic terputus dua kerana bahagian tengah nya patah dan hancur.



Ketika Allah S.W.T menghukum seseorang penguasa yang zalim, Dia akan memastikan kisah itu diketahui oleh semua orang supaya memberi pengajaran. Supaya kisah itu sentiasa menjadi cerita dan perbualan manusia, supaya manusia sentiasa hidup dalam ketakutan, hidup dalam kerendahan hati. Manusia akan menceritakan kisah ini kepada anak mereka, anak mereka akan menceritakan kepada anak mereka lagi dan seterusnya. Dan dari kisah Titanic ini, Allah S.W.T menunjukkan siapa Al-Jabbar yang sebenarnya. Siapa Yang Maha Berkuasa. MasyaAllah.

Jadi dimana lelaki angkuh yang membuat kenyataan "Meskipun Tuhan ingin menenggelamkan nya, maka Dia tidak boleh" itu? Di mana dia sekarang?Dan Allah S.W.T telah berfirman kepada makhluk-makhluk Nya "Jangan menentangku!". Semoga kita beroleh pengajaran. InsyaAllah.





Kisah Seekor Singa Dan Pemuda Yang Khusyuk


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Ini adalah kisah seorang pemuda Islam yang khusyuk dalam solat dan kisah ini sepatutnya menjadi contoh bagi kita semua sebagai orang yang bersolat. Disebutkan kisah ini dalam oleh Imam Zahbi dalam kitab Sir Alam un Nubala, dia berkata ada sekumpulan orang yang melakukan perjalanan di malam hari. Kemudian mereka sampai di sebuah lembah yang dikelilingi hutan belantara. Disebabkan lewat malam dan keletihan, jadi mereka pun mempersiapkan diri untuk tidur.

Tetapi salah seorang dari mereka, tidak bersiap untuk tidur malah mempersiapkan diri untuk untuk solat Qiyamullail. Jadi mereka pun bersiaplah untuk melakukan aktiviti masing-masing, sekumpulan bersiap untuk tidur manakala seorang lagi meneruskan solat Qiyamullail. Tiba-tiba muncul seekor singa dari celah-celah pokok hutan yang tebal itu. Maka bertempiaran lari lah sekempulan lelaki yang ingin tidur tadi menyelamatkan diri. Masing-masing memanjat dan melompat ke atas pokok. Tetapi lelaki yang sedang solat Qiyamullail itu sedikit pun tidak berganjak. Sedikit pun tidak takut malah meneruskan solat Qiyamullail nya tanpa mempedulikan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.

Singa itu kemudian datang menghampirinya. Singa itu berjalan di sekelilingnya. Namun lelaki yang sedang bersolat itu langsung tidak mempedulikan kehadiran singa itu. Selepas itu singa pun beredar, masuk semula ke dalam hutan yang tebal. Teman-temannya yang tadi turun dari pokok. Selesai lelaki itu bersolat mereka berkata "Kau gila kah? Singa menghampiri mu tapi kamu tidak berganjak sedikit pun?" Lalu lelaki yang bersolat itu menjawab "Demi Allah, aku malu bahawa aku sedang berdiri menghadap Allah S.W.T tetapi aku takut kepada salah satu makhluk ciptaan-Nya". MasyaAllah. Inilah tingkat kekhusyukan yang luar biasa.

"Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya" (Al-Mukminun : 1-2 )
 

Friday, February 7, 2014

Khalid Al Walid R.A - Pedang Allah Yang Terhunus


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Ini adalah kisah mengenai seorang pahlawan Islam terulung dan terhebat dalam sejarah Islam. Khalid Al Walid R.A, salah seorang sahabat Rasulullah yang digelar Saifullah atau Pedang Allah kerana kehebatan berperang memerangi musuh-musuh Islam yang ada padanya dan tidak terkalahkan. Dia adalah pedang Allah dan mana mungkin pedang Allah dapat dikalahkan tetapi sayangnya Khalid Al Walid menghembuskan nafas nya di pembaringan kerana tidak mendapat mati syahid.

Persoalannya, kenapa Khalid Al Walid tidak mendapat kenikmatan mati syahid? Bukankah Rasulullah S.A.W pernah bersabda tentang orang mati syahid? Bahawa jenazah orang yang mati syahid tidak perlu dimandikan, kerana darah mereka akan menjadi saksi dan bersyahadah di hari kiamat nanti? Saya bersumpah demi Allah Yang Maha Agung, jika Khalid Al Walid lebih baik dari jutaan orang pada zaman nya, maka dia adalah lebih baik dari berbillion manusia pada zaman sekarang. Dan kenyataan nya adalah, tidak akan muncul lagi orang yang boleh menyamai Khalid Al Walid R.A, Si Pedang Allah.

Sebagai contoh untuk menunjukkan kehebatan Khalid Al Walid R.A, sebelum dia memeluk agama Islam, dia pernah bertarung dalam perang untuk menentang Rasulullah S.A.W dan para sahabat, dan dia jugalah yang telah melukai Rasulullah S.A.W. Satu-satunya orang yang mengalahkan umat Islam selagi Rasulullah S.A.W berada bersama mereka. Tapi bukan kerana ini dia menjadi terkenal. Kita mengenali dia kerana Rasulullah S.A.W memberikan dia gelaran yang sangat istimewa, Saifullah iaitu Pedang Allah. Ini kerana taktik peperangan yang digunakan oleh nya sebelum dia memeluk Islam juga telah diguna selepas dia memeluk Islam dan tidak mungkin kita dapat meniru taktik perang nya pada masa sekarang atau pada masa hadapan.

Seorang manusia, yang setelah wafatnya Rasulullah S.A.W, dan Saidina Abu Bakar R.A wafat, dan Saidina Umar Al Khattab R.A adalah khalifah, Saidina Umar R.A berkata kepada Khalid Al Walid "Wahai Khalid, aku ingin kamu pergi ke Parsi atau Roma, berapa banyak perajurit yang kamu perlukan?". Khalid Al Walid berkata "500 perajurit".  Kemudian Saidina Umar R.A mengingatkan nya "Ya Khalid, mereka mempunyai lebih kurang 100 000 perajurit". Lalu Khalid Al Walid membalas "Kalau begitu, tambahkan 500 lagi perajurit". Saidina Umar R.A kemudian menyuruh Khalid membawa 10 000 perajurit bersamanya tetapi Khalid tidak mahu. Dia berkata "Orang-orang kafir itu, Allah hanya memberikan potongan kecil dari dunia kepada mereka, tetapi Allah memberikan kita akhirat. Dan demi Allah, jika aku pergi ke sana dengan 10 orang beriman, maka kami akan kembali dengan seluruh kekuatan mereka, kami akan pulang dengan kemenangan". Ini lah keyakinan yang ada pada lelaki Muslim yang sejati. Kerana para sahabat Rasulullah S.A.W hanya memikirkan dunia ini seumpama setitik air yang jatuh ke atas tanah yang kering pada musim panas. Berapa lama titisan air itu dapat bertahan? Kerana hati mereka tidak terpikat langsung dengan nikmat dunia, mereka hanya dahagakan nikmat akhirat. Lalu Allah S.W.T berikan mereka Izzah, Allah berikan mereka kekuatan dan mereka sudah pun merasakan kekuatan itu sebelum mereka bertemu dengan musuh-musuh Islam. Dan dengan sekelompok perajurit yang sedikit itu jika dibandingkan dengan perajurit-perajurit musuh Islam, mereka kembali dengan kemenangan. MasyaAllah.

Pada 4 tahun terakhir sebelum kematian Khalid Al Walid R.A, dia diturunkan pangkat dan tidak dibenarkan untuk berperang. Ini adalah satu cabaran terbesar bagi nya. Dan Khalid memberikan nama kepada tahun-tahun dia tidak berperang itu sebagai 'Tahun-tahun wanita'. Riwayat mengatakan, dalam 4 tahun itu dia tidak membuang masanya walaupun sebentar. Selepas Subuh dia membaca Al-Quran sehingga waktu Zohor. Dia bertekad untuk mempelajari Al-Quran kerana sepanjang hidupnya dia hanya berperang.

Menjelang kematiannya Khalid Al Walid berkata kepada para sahabat "Selepas Umar memerintahkan supaya aku tidak dibenarkan untuk berperang lagi, pada mulanya aku berasa kecewa. Tapi sekarang baru aku tahu bahawasanya Umar telah melakukan keputusan yang tepat. Kerana Umar hanya inginkan yang khair (baik) untuk orang-orang yang beriman dan aku tidak berasa kecewa pada Umar R.A". Saat malaikat maut menjemputnya, Khalid Al Walid menunjukkan tangannya, kakinya, dadanya kepada para sahabat. Tidak ada sejengkal jarak pun di tubuh nya melainkan bekas luka kesan dari tikaman pedang dan anak panah. Dia berkata "Lihatlah pada aku. Aku telah bertempur dalam beratus-ratus peperangan. Tapi aku akan mati di pembaringan?".

Seseorang berkata kepada Khalid Al Walid "Wahai Khalid, tidakkah kamu tahu, kenapa Rasulullah S.A.W memberikan kamu nama Pedang Allah? Maka mana mungkin kamu gugur di medan pertempuran. Jika kamu gugur di medan pertempuran bermakna telah patah lah pedang Allah di tangan orang-orang kafir dan perkara sebegitu tidak mungkin berlaku kerana pedang Allah tidak mungkin akan patah".

"Janganlah kamu fikir bahawasanya orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki" (Ali-Imran: 169)

Pakaian Khalid Al Walid mungkin tidak dapat menjadi saksi kepada kematiannya. Darah Khalid Al Walid juga mungkin tidak dapat menjadi saksi kepada kematiannya. Tetapi Demi Allah, setiap orang yang mati syahid, para mujahidin yang yang gugur syahid di dalam umat kita sekarang ini akan menjadi saksi kepada Khalid Al Walid. Kerana Khalid Al Walid R.A adalah sumber inspirasi kepada para mujahidin untuk berjihad di jalan Allah.

Ada riwayat mengatakan, Khalid Al Walid R.A telah meninggalkan seekor kuda dan pedangnya dan kedua-dua itu telah dikirimkan kepada Saidina Umar R.A. Apabila Saidina Umar R.A melihat kedua-duanya itu dia menangis. Dapatkah kita bayangkan kuda perang milik Khalid Al Walid R.A? Dapatkah seseorang memenuhi hak kuda perang itu?Tidak! Bayangkan pedang milik Khalid Al Walid R.A. Dapatkah seseorang memenuhi hak pedang itu? Tidak! Kerana Khalid Al Walid R.A berada pada tingkat yang berbeza. Pada hari kematian Khalid Al Walid R.A, para wanita dari Bani Makhzum keluar dari rumah masing-masing dan menangis, sedangkan Saidina Umar R.A mempunyai aturan untuk tidak membenarkan wanita menangis pada hari kematian. Seseorang datang kepada Saidina Umar R.A dan berkata "Wahai Umar, wanita dari Bani Makhzum menangisi Khalid Al Walid". Lalu Saidina Umar R.A berkata "Semoga ibumu kehilangan dirimu, kerana untuk orang seperti Khalid Al Walid, orang-orang yang menangis haruslah menangis".

Demi Allah, jika kita dapat melihat Khalid Al Walid R.A, dia adalah Frederick The Great, Genghis Khan, Napoleon dan Temur yang digabungkan menjadi satu. Malah lebih baik dari itu. Dan tidak akan muncul lagi Khalid Al Walid yang lain. Seperti penyaksian yang dibuat oleh Saidina Abu Bakar R.A ke atas Khalid Al Walid "PARA WANITA TIDAK AKAN MELAHIRKAN ORANG SEPERTI KHALID AL WALID LAGI!".